Followers

Wednesday, 26 October 2011

Bandar Akademia

26 Oktober jam 10.30 pagi

Ke Bandar Akademia, Lenggeng, Negeri Sembilan tengok rumah contoh. Jauh juga Bandar Akademia ni dari KL lebih kurang 50 km dan dari Kajang 23km Lebih hampir dengan Beranang, jaraknya 3km saje dan dari Semenyih 13 km. Ahad lepas masa pergi ke Festival Islam Antarabangsa di PWTC, sempat singgah di kaunter jualan lot banglo BA di The Mall. Promoter tu cadang aku lihat rumah contoh yang dah siap dibina. 

Kat sini aku nak kongsi gambar-gambar yang sempat diambil masa melawat rumah contoh Daisy. Harga rumah beserta tanah dengan keluasan 50' x 80' RM240,300. Aku dimaklumkan bahawa rumah akan siap dalam tempoh di antara 2 - 3 tahun. Pegangan tanah adalah hak milik bebas ( freehold ). Sebenarnya aku dah bayar RM200 untuk tempah lot tanah. Kalau tak jadi beli, duit RM200 akan dikembalikan. Kepada sesiapa yang berminat nak beli, aku cadang pergi tengok dulu tanah tapak banglo yang kau orang cadang nak beli. Dalam kes aku, tapak banglo yang aku nak beli tu berhampiran dengan pencawang elektrik. Selepas buat sedikit kajian, aku batalkan hasrat nak beli banglo tu sebab kedudukannya berhampiran dengan pencawang letrik. Walaupun jaraknya adalah dalam lingkungan yang dibenarkan, tapi dalam jangka masa panjang ia tetap akan memberi kesan kepada kesihatan manusia. Kau orang boleh dapat banyak maklumat mengenainya di Internet.


Lagi satu yang aku tak berapa nak suka rekabentuk banglo ini ialah dapurnya bersekali dengan ruang tamu - dapur kering.  Jadi kalau nak buat dapur basah, kena extend  untuk buat dapur. Ataupun ada ruang kecil lebih kurang 5' x 5' yang sesuai untuk buat study room yang boleh diconvert jadi dapur. 

Rumah Kelab dah siap dibangunkan dan keahlian kelab percuma. Jenis-jenis lain yang dicadang bina adalah banglo setingkat 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik serta banglo 2 tingkat 5 bilik.

Di rumah kelab ada master plan bagi pembangunan Bandar Akademia ini. Projek ini  merupakan projek The Lion Group dan banglo direka dan dibina oleh Selayang Alunan Sdn. Bhd.















16 comments:

Nailofar said...

luas rumahnye..sy juga bercdg nk gi lihat rumah contoh esok..tak tau selagi tak tengok sendiri kan..apa2 pun keputusan ditgn kita sendiri..

Nailofar said...

luas rumahnye..sy juga bercdg nk gi lihat rumah contoh esok..tak tau selagi tak tengok sendiri kan..apa2 pun keputusan ditgn kita sendiri..

raturayau said...

Rumah tu memang cantik, kalau tak sebab jauh dari pejabat, akak dah confirm beli. Jgn lupa pi Rumah Kelab kat sana ada master plan pembangunan Bandar Akademia. Pada pendapat akak rumah kat situ sesuai untuk orang muda sebab biasanya pembangunan bandar baru mengambil masa di antara 10 - 15 tahun untuk dibangunkan.

erra vroom said...

salam ,mcm mana nak contact untuk tmph lot?

WAN NOR AZLINDA said...

Sy pun berminat cuma risau kalau jalan ke situ sunyi

Unknown said...

salam...
pada fikiran den...rumah ni memang patut di beli...coz ni rumah antara yang rendah harganya dan selesa mampu untuk di milik oleh melayu cuma permasalahanya jauh ke dalam.
tp klu ikut pemerhatian...hartanah di sini bakal meloncak...rumah di semenyih parkland projek bermula end 2011 blum pn siap harga angaran 270K
dan satu lg projek yg bakal bermula oktober 2012 harga dah mencecah hampir 400K x sampai pun setahun..tetapi itu mengikut harga jualan dr pemaju lah...
klu ikut nilaian bank..den x pasti

Danedz said...

Skang nie dia offer harga RM279K untuk rumah setingkat..banglo 2 tingkat plak offer tu gomen dgn cash buyer sahaja...kerja private tak leh plak..tensen..tensen.....

Anonymous said...

saya dah beli..now tgh prepare utk buat loan rumah. (cz loan tanah n rumah kena buat asing2).mula2 berat jugak hati.tp bila fikir2 balik why not beli aje.lgpun semenyih dh nk naik, beranang also. nak2 projek sp setia eco hill tgh brjalan skrg. in sha allah beberapa tahun akan datang naik la semenyih tu. doakan ye!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Si peri peri apa dah jd rmh u skrg..?

Anonymous said...

Alhamdulillah, buat masa ni baru lepas lulus loan rumah dr gomen. Proses mmg lama. Hujung 2011 book, mid year 2013 baru dpt apply loan rumah. Biasalah kalau apply gov loan kan. Btw, i ok je since now dh byk projek perumahan yg akan naik disitu. For the long term i rasa berbaloi. Mana nak dpt tanah lot banglo dengan geran atas nama sendiri. Harga pun a lil bit ok sebab kawasan kampung kann =) cuma yg tak best nya kena pilih design rumah yg kontraktor tetapkan. Rasanya kalo cr kontraktor sendiri, harga dlm 150k boleh dpt rumah 4 bilik kot. that's my opinion. hehe

Anonymous said...

Saya ade 1 lot bungalow untuk di jual size tanah 6380 sq ft.. COrner Lot Fasa 7

Kalau berminat sila fon saya 0111-9701524 / 017-3461650 - Aziz

Unknown said...

Si peri2, dh join fb bandar akademia dgn telegram mahkota hills?

Anonymous said...

mcm mana nak join telegram tu eryna sofea

Juls Julie80 said...

salam..saya dah beli kat sini..dah 80% siap..alhamdulillah..x menyesal sbb takde dah rumah harga dlm kemampuan gaji saya nih.. :)

justsimplelife said...

Dah ramai org duduk punp