Followers

Tuesday, 4 October 2011

Pasar Malam Kota Kinabalu

 22 September 2011 ( Hari Pertama )
jam 8.00 malam

Lepas check-in hotel, kami keluar untuk mencari makan malam. Tempat yang dituju adalah pasar malam. Pasar malam Kota Kinabalu terletak lebih kurang 500 meter dari Promenade Serviced and Apartments. Opposite Hotel Le Meridien. Bersebelahan dengan Pasar Filipina. Kami hanya berjalan kaki sahaja. Kalau nak naik teksi kosnya RM5. Kat sini macam-macam ada. Hasil tangkapan laut yang segar, sayur-sayuran dan ulam-ulaman, buah-buahan dan gerai-gerai makan. Gerai ikan bakar pun ada kat sini.


Gerai Sayur-sayuran

Gerai Ikan

Gerai Sotong

Lagi gerai ikan

Pemandangan berhampiran gerai ikan

Gerai makan

Makan malam kami, ikan dan sotong bakar beserta pencicahnya dan nasi putih.

Ikan Jenahak ( RM17 ), Terubuk ( RM7 ) dan sotong bakar ( RM10 )


Gerai menjual assesori wanita

Gerai Accessori Wanita

No comments: