Followers

Wednesday 19 October 2011

Buah Tunjuk Langit ( Sky Fruit ) atau Buah Mahagony

 19 Oktober 2011 jam 6.00 petang

Petang tadi lepas habis kursus, aku bukaklah netbook untuk baca email yang terdapat dalam mail box aku. Salah satunya dari seorang pembaca blog aku yang bertanyakan samada di sini, aku rasa di Malaysialah ada tak terdapat dijual herba Kacip Fatimah, Tongkat  Ali, Misai Kucing dan Buah Tunjuk Langit. Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan Misai Kucing memang aku biasa dengar. Misalnya Tongkat Ali dan Kacip Fatimah dicampur dalam minuman seperti kopi dan Daun Misai Kucing  dibuat teh. Tapi Buah Tunjuk Langit memang aku tak pernah hayat mendengarnya. Jadi untuk membantu sahabat yang bertanya itu aku pun google maklumat mengenainya. Disini aku kongsi maklumat yang aku dapat dari pencarian berkenaan khasiat Buah Tunjuk Langit bagi orang-orang seperti aku yang tak pernah hayat mendengarnya







KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT. 

Buah Tunjuk Langit telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut. Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany ini mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

Buah Tunjuk Langit mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

Buah Tunjuk Langit atau juga dikenali dengan nama buah mahagony ini di kunyah begitu saja oleh orang-orang kampung untuk mengubati penyakit2 kencing manis, darah tinggi dan jangkitan2 virus atau bakteria seperti selsema, batuk, jerawat, resdung dan demam. Rasanya yang teramat pahit dan sifat alkalinya dapat membuatkan sistem perdarahan badan kita lebih kuat untuk melawan dan membunuh bakteria/virus yang cuba menyerang Ianya juga amat berkesan untuk memberi tenaga seperti hilangkan mengantuk bila badan keletihan.

 BAHAN AKTIF PENTING YANG TERDAPAT DALAM BUAH TUNJUK LANGIT.

1.FLAVONOIDS
Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan:-

Fungsi-Fungsi Utama
- Mengurangkan tahap gula dalam darah
- Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
- Memperbaiki kelancaran peredaran darah
- Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
- Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
- Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

2.SAPONINS
Saponins di dalam Buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku.

3.BITTER ALKALOIDS

Buah Tunjuk Langit mempunyai unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah Tunjuk Langit adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

KANDUNGAN KHASIAT DALAM BUAH TUNJUK LANGIT:-
VITAMIN A, DIETARY FIBER, POTASSIUM, VITAMIN E, CALSIUM, VITAMIN B6, MAGNESIUM, SODIUM, VITAMIN B, PROTEIN, VITAMIN B1, IRON,VITAMIN D, FOLIC ACID, CARBOHYDRATE. 


Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-
  1. Anti-penuaan
  2. Kekejangan otot
  3. Alahan kulit / Psoriasis
  4. Kurang Bertenaga / Keletihan
  5. Asma / Alahan Pernafasan
  6. Masalah Tidur
  7. Barah / Ketumbuhan
  8. Penyakit Jantung
  9. Gout / Artritis / Gastrik
  10. Penyakit Hati
  11. Haid dan Keputihan
  12. Resdung / migrain
  13. Hubungan Kelamin Strok
  14. Kolestrol tinggi
  15. Sembelit / Buasir
  16. Kencing manis
  17. Tekanan darah tinggi
  18. Kegemukan Tekanan darah rendah
  19. Kesuburan
  20. Tulang Belakang

1 comment:

KoDenzell said...

Thanks for info about skyfruit.