Followers

Friday 9 December 2011

Pemasangan Tali Pinggang Percuma Bagi Saga LMST Dan Gen.2

Pemilik pemilik kereta model SAGA LMST dan Gen2 keluaran tahun 2004 dan 2008 sila ambil perhatian sebab Proton Holdings Bhd menawarkan pemasangan percuma tali pinggang belakang. Proses pemasangan hanya mengambil masa 30 minit bagi sebuah kenderaan.


Model Gen2 2004


Proton  menyediakan Mobile Team sebagai sebahagian daripada Kempen Tali Pinggang Belakang bagi membantu pemilik kereta mematuhi arahan kerajaan berkaitan alat keselamatan bermula tahun depan.

Bersempena dengan kempen selama sebulan itu, Mobile Team akan dihantar ke kedai kereta terpakai di Lembah Klang dan kemudiannya kem tentera dan balai polis di seluruh negara, pejabat kerajaan dan universiti awam lewat bulan ini.

Sejak dilancarkan pasa 5 Disember 2011, unit Mobile team itu yang terdiri daripada lapan pasukan dengan empat anggota, telah memasang tali pinggang belakang di lebih 700 kereta

Kajian  global menunjukkan bahawa  penggunaan tali pinggang belakang mengurangkan risiko kecederaan kepala sebanyak 47 peratus dan abdomen 52 peratus sekiranya berlaku pelanggaran bahagian hadapan.

 
sumber: BERNAMA

sumber Image: google

Thursday 8 December 2011

Festival Kesenian Kanak-kanak Antarabangsa 2011 di Istana Budaya

Festival Kesenian Kanak-kanak Antarabangsa 2011 akan menyajikan Persembahan Gala Tambahan di Panggung Sari, Istana Budaya pada hari Ahad 11 Disember jam 3.00 petang

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
selaku urus setia festival itu memaklumkan  orang ramai boleh mendapatkan pas percuma mulai 2.30 petang 9 Disember 2011 di Kaunter Box Office, Istana Budaya.

Seramai 411 peserta dari sembilan negara termasuk Malaysia mengadakan persembahan pada Festival Kesenian Kanak-Kanak Antarabangsa anjuran Program Permata di Istana Budaya mulai 8 Disember 2011 ini.


Turut menyertai festival empat hari itu ialah China, Filipina, India, Jepun, Republik Korea, Qatar, Singapura, Sri Lanka dan Malaysia selaku tuan rumah.
Selaku tuan rumah, tiga bentuk persembahan akan dipertontonkan oleh Permata Seni sepanjang festival itu iaitu Permata Seni Koir, Permata Seni Muzik dan Permata Seni Tari.

Festival itu diadakan bagi mengetengahkan bakat kanak-kanak dalam Persembahan muzik, tarian dan nyanyian.

 sumber: BERNAMA

Replika Beruang Sebar Mesej Toleransi dan Persefahaman

Replika Beruang


Sebanyak 143 replika beruang kini berada di bandaraya bagi menyebarkan mesej toleransi dan persefahaman antarabangsa menerusi pameran 'United Buddy Bears World Tour'. Pameran akan diadakan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Beruang Malaysia, yang dihasilkan oleh pelukis terkenal tanah air, Imuda, adalah antara yang dipamerkan. Pameran selama 8 hari ini bermula pada 8 hingga 15 Disember 2011 adalah di bawah naungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kuala Lumpur bangga  dapat menjadi tuan rumah dan  menyokong the United Buddy Bears, duta perpaduan antarabangsa. The United Buddy Bears ditubuhkan bertujuan mengutip dana untuk kanak-kanak kurang mampu di seantero dunia.


Replika Beruang Antara Yang Dipamerkan

Pertama kali dilancarkan di Jerman pada tahun 2002, sejak itu, ia telah mengembara ke lebih 15 negara, dan Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama dipilih untuk kunjungan itu.

Dengan tema "The Art of Tolerance" (Seni Bertoleransi), the United Buddy Bears World Tour berharap dapat mengumpul dana dengan melelong beruang-beruang berkenaan setinggi dua meter itu dan wang terkumpul akan disalurkan ke pelbagai tabung kanak-kanak di Malaysia.

sumber: BERNAMA

Struktur Perkhidmatan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan telah dikeluarkan pagi ini 8 Disember 2011 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011

Di antara perkara yang di nyatakan di dalam pekeliling ini  adalah Struktur perkhidmatan yang merangkumi Kumpulan Perkhidmatan,



Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana



i. Kumpulan Premier  – lapisan teratas dalam struktur Perkhidmatan Awam yang memegang Startegic and key position


ii. Kumpulan Pengurusan Tertinggi terdiri daripada Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas

iii. Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Professional, kekal dengan lapisan gred jawatan/gred gaji sebagaimana sedia ada


iv. Kumpulan pelaksana diperkenal bagi menggantikan Kumpulan Sokongan.


Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Professional telah ditetapkan bidang jawatan masing-masing seperti berikut:



Kumpulan Perkhidmatan
Bidang Jawatan
Pengurusan Tertinggi
Jawatan Utama
Strategik
Jawatan Gred Khas
Pakar Dengan Kelayakan
Pakar Bidang Khusus
(Subject Matter Expert)
Pengurusan dan Professional
Strategik
Pakar Bidang Khusus  
(Subject Matter Expert)
Pengurusan dan Operasi
Pakar Dengan Kelayakan

Wednesday 7 December 2011

PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) PELANCARAN OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA - NOTA MAKLUMAN MEDIA


INTIPATI PELAKSANAAN SBPA –

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011

Thursday 1 December 2011

Lirik Lagu Senyum

Pagi ini lagu lainlah pulak yang berkumandang kat pejabat aku . Lagu senyum nyanyian Kumpulan Nasyid Raihan yang disiarkan. Kalau kau orang amati liriknya, aku rasa amatlah sesuai kerana hari ini pun hari Jumaat. Lagu senyum nyanyian Malique Too Phat featuring Najwa Mahiddin sudah tidak kedengaran lagi di waktu pagi di pejabat aku. Lagi pun lagu Malique ini liriknya tak begitu sesuai untuk persekitaran pejabat walaupun terdapat banyak perkataan senyum di dalam liriknya.

Sila amati lirik lagu senyum nyanyian Raihan 

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah