Followers

Tuesday, 11 October 2011

Keropok Amplang Makanan Terkenal Tawau, Sabah


Keropok Amplang


Keropok Amplang adalah antara makanan yang sangat terkenal di Sabah terutamanya di daerah Tawau. Ia merupakan antara hasil usahawan tempatan Tawau yang terkenal di dalam mahupun luar kawasan Tawau. Keropok ini hanya boleh didapati di Tawau dan sekitar Kota Kinabalu sahaja. Kepada pengunjung Pasar Tanjung Tawau terutamanya pelancong dari luar, adalah menjadi satu kemestian untuk  membeli keropok Amplang sebagai buah tangan untuk kawan dan ahli keluarga.

Keropok amplang diperbuat daripada ikan atau udang. Rasanya lemak dan rangup. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Keropok Amplang ialah Ikan Tenggiri, Tepung , Kanji, Minyak masak, Bawang Putih, Telur, Gula, Garam dan serbuk perasa yang dibenarkan. Kebiasaaanya dijual dalam bungkusan kecil RM1, RM5 dan RM10.


1 comment:

Amanaqi al muammar said...

Assalamualaikum.... nama saya muammar.
sy adlh pengeluar dan pembekal amplang terbesar d tawau.
jika tuan inginkan amplang, sy boleh hantar ke tempat tuan.
500 gram = RM19
1 kg = RM35
ni harga utk semenanjung tau.
Harga ni termasuk postage dan terus smpi kerumah tuan.
hubungi saya di 0135584513 @ whatsaap ke 01119277051.