19 Oktober 2011 jam 8.00 malam
Sewaktu menikmati makan malam di Café Anjung Hotel Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka, seorang teman yang sedang menikmati sepiring tomato segar bercerita tentang khasiatnya. Katanya bentuk buah tomato yang menyerupai jantung manusia adalah amat baik dimakan bagi menjaga jantung. Katanya lagi warnanya yang merah menjadi antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan badan. Lanjutan daripada cerita teman tadi aku pun google maklumat lanjut mengenai khasiat buah tomato untuk dikongsi dengan pembaca sekalian.
Warna merah pada tomato adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet. Tomato juga baik untuk kecantikan dan kehalusan kulit. Beberapa kajian ada menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat pada tomato mampu melindungi sendi tubuh terutamanya lutut dari risiko osteoarthritis. Risiko kecederaan lutut dapat dikurangkan sekiranya cukup pengambilan vitamin C dan beta karoten. Antioksidan tertentu termasuk lutein dan likopen (yang banyak terkandung di dalam tomato), juga dikaitkan dengan penurunan risiko osteoarthritis lutut.
Selain itu, vitamin E yang terkandung di dalam buah tomato juga bertindak lebih berkesan dalam meredakan kesakitan akibat arthritis daripada ubat antiradang yang lain.
1 comment:
Bagusnya khasiat tomato ni yr..,lepas ni boleh makan banyak-banyak..
Post a Comment