Followers

Tuesday, 11 October 2011

Pasar Tanjung Tawau

23 September 2011 jam 9.00 pagi

Tak sah  perjalanan kami kalau tak melawat pasar. Kat mana-mana pergi pun samada dalam atau luar negara, pasar  menjadi lokasi wajib untuk lawati.  Disitu kita dapat  dapat mengenal budaya masyarakat setempat.





Pagi ini kami ke Pasar Tanjung iaitu sebuah pasar  tertutup terbesar di Malaysia. Pembinaannya bermula pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Pasar ini mempunyai 6,000 gerai di dalamnya. Nama "Tanjung" diambil sempena kedudukan pasar ini yang terletak di kawasan Sri Tanjung di Tawau.

Pasar Tanjung Tawau sememangnya menjadi lokasi tumpuan, lebih-lebih lagi di musim perayaan. Pasar bernilai RM 25 juta ini menjadi  pusat penjualan untuk segala macam keperluan harian kepada masyarakat Tawau dan pelancong yang datang berkunjung ke Pasar Tanjung Tawau. Pasar ini mempunyai  3 tingkat, Tingkat bawah menjual sayur-sayuran, buah-buahan, keropok, daging ayam, daging lembu, telor, kopi segar, santan segar dan bermacam-macam lagi



Tingkat satu menjual makanan kering seperti ikan masin, sotong kering, udang kering, ikam bilis kering dan banyak lagi




manakala tingkat dua menjual barangan kosmetik, jamu, pakaian, permainan kanak-kanak dan pelbagai lagi. Pejabat pentadbiran pasar, surau dan tandas juga disediakan di sini.
  Tingkat 3 pula iaitu tingkat paling atas dijadikan medan selera. Walau bagaimanapun semasa lawatan kami tak banyak gerai makan  yang dibuka. Di tingkat 3 ini anda boleh melihat panorama seluruh bandar Tawau serta keindahan laut yang membiru dengan pelbagai kapal yang berulang alik di pelabuhan Tawau.



No comments: