Followers

Tuesday, 4 October 2011

Pasar Kraftangan atau Pasar Filipina, Kota Kinabalu ( Hari Kedua )

Selepas sarapan pagi,  kami menuju ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan. Tidak lengkap lawatan ke Kota Kinabalu jika tidak mengunjungi pasar ini. Pasar Filipina, yang menjadi tumpuan para pelancong, terletak di Jalan Fuad Stephen dan bertentangan dengan Kompleks Sinsuran diibaratkan sebagai syurga bagi kaum hawa terutama yang meminati barang kemas dan aksesori berasaskan mutiara dan kristal. Terdapat juga barangan kraftangan dan pelbagai cenderhati lain yang boleh dibawa pulang sebagai buahtangan untuk saudara mara dan rakan taulan.

Dikenali sebagai Pasar Kraftangan ketika mula-mula dibuka pada tahun 70-an dan ketika itu pasar ini terletak di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu namun kemudian pada 1978 pasar ini dipindahkan belakang bangunan Bank Negara, berhampiran Kompleks Sinsuran dan Plaza KK. Pasar ini kemudian dipindahkan sekali lagi pada 80-an ke bangunan UNHCR di mana ia turut menjadi penempatan sementara pelarian Filipina akibat perang di selatan Filipina pada tahun 70-an dan kekal di situ sehingga kini.Pada awalnya kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan dari Filipina. Kemudian ia berkembang, kraftangan tempatan dan produk negara lain mula dijual oleh peniaga di sini. Pasar ini turut dikenali sebagai Pasar UNHCR di kalangan penduduk tempatan.

Bagi mereka yang hendak ke Pasar Filipina anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi dengan bayaran RM$5 dari mana-mana tempat di bandaraya atau pun berjalan kaki beberapa minit dari terminal bas bandaraya yang terletak tidak jauh dari situ. Jika anda menginap di hotel-hotel sekitar bandaraya seperti Hotel Promenade, Beverly, Berjaya Palace, Jesselton, Hyatt, Shangri-la Tanjung Aru, Magellan Pacific Sutera, perkhidmatan bas perantara disediakan untuk membawa anda bersiar-siar di sekitar bandaraya.

Perkhidmatan bas perantara untuk ke bandaraya juga disediakan bagi pengunjung yang menginap di hotel berdekatan 1Borneo Hypermall dan bas akan berhenti berhampiran Kompleks Warisan yang 500 meter dari pasar tersebut.Bagi pengunjung yang menginap di Le Meridien hanya perlu berjalan kaki sahaja kerana ia terletak di seberang jalan.





Jalan menuju ke Pasar Filipina


Pemandangan Jalanraya Menuju Ke Pasar Filipina
Pasar IKan Masin yang terletak bersebelahan dengan Pasar Filipina

Assesori Kristal

Rakan Penulis sedang membelek Pareo Borneo Buatan Sabah

Rakan Penulis sedang tawar menawar harga pareo yang hendak dibeli.

Pasar Buah

Pasar Buah

Pemandangan dalam Centerpoint Shopping Complex

Pemandangan Dalam Centerpoint Shopping Complex. Jalan-jalan cuci mata

No comments: