Followers

Thursday, 13 October 2011

Halfest (Halal Fiesta Malaysia) 12 - 16 Oktober 2011 Di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC )

Apakah Halal?

Halalan toyibban membawa maksud makanan yang dibenarkan atau diberi kebenaran untuk dimakan, bergantung kepada undang-undang Syariah selagi ianya selamat dan tidak memudaratkan. Haram atau tidak halal adalah berlawan dengan halal di mana ia bermaksud sesuatu yang dilarang atau ditegah. Sebarang makanan atau minuman yang berada dalam bahagian yang samar-samar dan tidak secara langsung berada dalam kategori Halal atau tidak Halal dikategorikan sebagai ‘Syubhah’, atau dikenali sebagai was-was atau disangsikan. Rasulullah SAW telah memberikan panduan berkenaan perkara-perkara Syubhah. Dari Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Darimi r.a. berkata, Rasullah bersabda:

Bermaksud:
Apa yang Halal adalah jelas. Apa yang Haram juga adalah jelas. Dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakkan manusia tidak mengetahui. Maka barang siapa yang menjada dirinya dari perkara yang samar, maka ia telah membersihkan kehormatannya (dari dosa). Barang siapa yang terjatuh dalam melakukan perkara samar, maka ia telah terjatuh dalam melakukan perkara yang Haram.

Menurut ajaran Islam, prinsip umum berkenaan makanan ialah semua adalah Halal kecuali kotoran (atau telah bercampur kotoran), memudaratkan dan memabukkan. 

Oleh itu, adalah wajib bagi seorang Muslim memakan makanan yang baik dan menyihatkan dan mengelakkan semua yang dilarang seperti yang telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Penjelasan yang lebih terperinci tentang prinsip Halal dan Haram boleh dibaca dalam buku yang ditulis oleh tokoh Islam yang dihormati, Dr Yusuf al-Qaradawi iaitu ”The Law and Prohibited in Islam”

Sumber-sumber halal yang bernyawa atau tidak bernyawa mempunyai pandangan yang berbeza oleh setiap Mazhab di dalam Islam (4 Mazhab Sunnah utama: Maliki, Hanafi, Hanbali dan Shafeii). Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang isu ini dalam penerbitan yang bertajuk “Fiqh al-Islami wa adillatuhu (Dimashq, 1989) Vol. 3, oleh Al-Zuhayli, Wahbah. Tambahan lagi, keputusan tentang kehalalan sesuatu isu juga telah ditekankan di dalam fatwa sama ada dari Malaysia atau negara-negara lain.

Agama Islam telah memperkenalkan konsep penyembelihan, di mana haiwan-haiwan yang asalnya Halal hendaklah disembelih dengan betul terlebih dahulu sebelum dimakan. Perbuatan menyembelih ini adalah bagi memastikan daging yang disembelih berkualiti dan bagi mengelakkan pencemaran mikrob, yang mana secara asasnya meliputi bahagian toyibban dalam halalan toyibban. Sebagai contoh, haiwan yang mati tetapi tidak disembelih selalunya dikaitkan dengan penyakit. Kebanyakkan penyakit terhasil atau dibawa oleh darah haiwan. Oleh itu, tindakan menyembelih adalah untuk memastikan kesemua darah dikeringkan daripada badan haiwan, seterusnya meminimakan peluang dijangkiti mikrob. Ini bersesuaian dengan konsep keseluruhan kebersihan yang sering ditekankan dalam Islam. Selain daripada memastikan kebersihan makanan, Islam melarang penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan mental atau rohani seseorang, seperti penggunaan alkohol, dadah dan lain-lain. Memandangkan agama Islam sentiasa menggalakkan pengikutnya memilih makanan halal, baik dan bersih, kesedaran ini selalu disebarkan dalam komuniti-komuniti Islam. Kesedaran ini telah diperkukuhkan dengan ilmu yang tersebar luas, dengan memuji-muji kebaikan memakan makanan yang bersih dan halal, serta hubungannya dengan amalan ibadat seharian kita.

Selain memenuhi undang-undang Syariah, yang mana wajib bagi setiap umat Islam, keselamatan makanan memainkan peranan penting dalam menentukan toyibban, contohnya aspek kebaikan (selamat, bersih, berkhasiat, berkualiti) makanan tersebut.



“Bagi memastikan aspek-aspek tersebut tidak dipandang remeh, Malaysia telah menetapkan makanan Halal melalui MS1500:2004: Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengurusan & Penstoran – Panduan kUmum (Rujukan Pertama) sebagai makanan yang dibenarkan di bawah undang-undang Syariah dan memenuhi syarat-syarat berikut.”

  • Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk haiwan yang tidak Halal kepada orang Islam atau produk haiwan yang tidak disembelih mengikut undang-undang Syariah,
  • Tidak mengandungi sebarang ramuan yang najis mengikut undang-undang Syariah,
  • Selamat dan tidak membahayakan,
  • Tidak disediakan, diproses atau dikeluarkan menggunakan alatan yang tercemar dengan najis (kotoran dan tidak bersih) mengikut undang-undang Syariah,
  • Makanan atau ramuan makanan tidak mengandungi mana-mana bahagian manusia atau penghasilan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang Syariah,
  • Dan semasa pembuatan, pemprosesan, pembungkusan, penstroran atau pengangkutan, makanan tersebut terasing secara fizikal dengan mana-mana makanan yang tidak mencapai syarat yang telah dinyatakan dalam a., b., c., d. atau e. atau sebarang benda lain yang telah dikelaskan sebagai najis (kotoran atau tidak bersih) oleh undang-undang Syariah.

Definisi ini jelas menunjukkan bahawa produk yang tidak selamat, memabukkan dan membahayakan tidak akan disahkan Halal di bawah Piawaian Malaysia.

Keselamatan makanan sentiasa menjadi faktor penting dalam pengeluaran makanan dan produk-produk boleh makan yang lain. Lebih daripada 200 penyakit berpunca daripada makanan telah dikesan dan jumlah ini adalah sangat tinggi jika pengeluar dan pembuat makanan tidak sedar tentang peningkatan jumlah tersebut. Panduan dan syarat ke atas keselamatan makanan telah dirangka di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu ini. Organisasi-organisasi dan agensi seperti WHO, FAO, USFDA, EU dan juga Malaysia mempunyai panduan yang berlainan bagi memastikan aspek keselamatan makanan diberikan keutamaan.


Sumber:Isi kandungan daripada HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION ( HDC )





No comments: