Followers

Sunday, 23 October 2011

Sekitar Festival Islam Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIIF ) 2011

23 Oktober 2011


Jam 10.30 pagi dah keluar rumah untuk ke Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) bagi melihat Festival Islam Antarabangsa. Sebenarnya sebelum ini aku bukannya rajin pun nak tengok festival seumpama ini. Tapi sejak jadi penulis blog, blog pulak tu blog mengenai perjalanan, jadi macam dah jadi hobi baru pula sekarang ini. 

Festival Islam Antarabangsa yang dianjurkan kali pertama ini dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Festival ini   diadakan sebagai platform kepada golongan muda mendekati kebudayaan Islam dan aktiviti-aktiviti yang bersifat ilmiah.

Selain pameran usahawan muda, aktiviti yang menarik pada festival itu adalah Kursus Perkahwinan Perdana serta Pameran Kesenian Islam Antarabangsa. 

Booth Arab Saudi


 
Masih awal lagi. Booth baru aje dibuka. Petugas booth Arab Saudi sedang bersiap sedia untuk menerima pengunjung

Petugas booth sedang memberi buah tamar kepada seorang pengunjung

Booth Turki. 


Petugas wanita tu  fasih berbahasa Melayu. Dia kata pada penulis dia belajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.


Kesenian Turki

Lagi Kesenian Turki

Juga Kesenian Turki

BoothYemen

Jualan Batu Permata Yemen


Pizza Uzbekistan. Dijual  dengan harga RM5 sekeping. Rasanya macam karipap.

Manisan Uzbekistan

Bagi memeriahkan lagi festival ini, beberapa orang artis tempatan popular dijemput untuk menghiburkan para pengunjung. Di antaranya Mawi, Ramli Sarip, Ana Rafali dan tidak ketinggalan Lan Typewriter. Terdapat juga persembahan dari negara luar yang menyertai festival tersebut. Aku sempat tengok reheasal dari Negara Palestine yang mempersembahan tarian.

Pengunjung bertuah pula akan diberi hadiah pakej untuk menunaikan Umrah. Ini mungkin untuk pengunjung yang balik lewat. Tak tahu siapa yang dapat sebab jam 4.00 petang aku dah beredar dari situ.

1 comment:

Unknown said...

saya pun pergi gak , tapi kursus kawen kat situ lahh,