Ketika berkunjung ke Istanbul, Turki pada Februari 2010 yang lepas, aku berkesempatan mengunjungi Masjid Sultan Ahmed atau dalam bahasa Turki disebut Sultanahmet Camii yang terkenal di Istanbul. Masjid ini juga dikenali sebagai Blue Mosque atau Masjid Biru. Dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Bagai satu kemestian jika mengunjungi Istanbul, Masjid Biru merupakan salah satu tempat yang dilawati.
Masjid ini dibangun antara tahun 1609 dan 1616 atas perintah Sultan Ahmed I yang kemudian menamakan masjid ini dengan namanya. Masjid ini terletak di kawasan tertua di Istanbul (old istanbul), di mana sebelum 1453 merupakan pusat pentadbiran Constantinople , ibukota Bizantium. Arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk Masjid Sultan Ahmed ialah Sedefhar Mehmet Aga. Terletak berdekatan Hippodrome dan menghadap ialah Gereja Hagia Sophia.
Memandangkan sewaktu melawat Istanbul, aku menginap di Sultanahahmet, jadi masjid ini berada tidak jauh dari Hotel Meddusa, tempat penginapanku. Hanya berjalan kaki saje lebih kurang 500 meter.
Kalau nak maklumat yang lebih detail boleh browse website ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Sultan_Ahmed
No comments:
Post a Comment