Followers

Monday, 17 October 2011

Menara Taming Sari di Melaka Bandaraya Bersejarah - 17 Oktober 2011 jam 6.00 petang

Lepas habis kursus pada hari pertama aku dan beberapa teman berpeluang melawat Menara Taming Sari di Bandar Hilir, Melaka ( bersebelahan Bandar Pahlawan ). Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter. Menara ini  berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka  secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Pemilik Mykad pula  mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

 Pintu Masuk Ke Kaunter Tiket Menara Taming Sari

Penulis dan rakan-rakan dihadapan tugu Menara Taming Sari





























Pandangan dari Atas`Menara













 /









































No comments: