Hari kedua kami di Laos diteruskan dengan perjalanan ke Vang Vieng.
Inilah bas yang membawa kami ke Vang Vieng. Perjalanan dari Bas Station Vientiane ke Vang Vieng mengambil masa selama 3 1/2 jam. Kami beli tiket bas di kaunter hotel. Dari hotel ada tuk tuk yang datang ambil kami dan bawa ke Station Bas Vientiane.
Selepas hampir 2 jam perjalanan, kami berhenti untuk toilet stop selama 15
minit. Boleh juga kalau nak makan.
Di Vang Vieng kami menginap di Popular View Guesthouse. Aku book melalui booking.com dengan harga USD40 semalam bagi bilik dengan 3 katil bujang beserta sarapan pagi.
Kami berjumpa dengan seorang lelaki rakyat Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Mat. Kenalan baru kami ini dengan slang kelantan yang pekat bercerita yang dia mengembara dari Kuala Lumpur ke Bangkok dan seterusnya ke Utara Thailand hingga ke Nonkhai sebelum memasuki Laos melalui Luang Prabang hanya dengan menaiki motosikal berkuasa rendah. Senang cerita motor kapcailah. Boleh percaya ke? Tapi itulah realitinya. Kami sangat kagum dengannya. Tanpa ada membawa apa-apa spare parts motorsikal dia berkelana seorang diri. Kau orang nak tahu tak, Cikgu Mat ini menjadi subjek utama perbualan kami sepanjang tempoh kami berada di Laos. Sehingga kami menyangkakan Cikgu Mat ini adalah seorang wali Allah yang diutus untuk membantu kami.
Ceritanya begini, perancangan awal kami selepas ke Vang Vieng adalah meneruskan perjalanan ke Luang Prabang.Tapi selepas berjumpa dengan Cikgu Mat kami mengubah rancangan kami ke Luang Prabang, instead tambah satu hari lagi di Vang Vieng. Cikgu Mat bagi tahu kami ada berlaku kemalangan di mana bas yang dalam perjalanan dari Luang Prabang ke Vientiane telah tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 300 kaki. Kejadian baru saje berlaku katanya, dan dalam bas tersebut terdapat penumpang dan mangsa-mangsa kemalangan itu masih belum lagi di bawa naik ke atas lagi. Beliau menasihati kami untuk tidak ke Luang Prabang kerana kejadian baru saje berlaku dan keadaan jalan ke sana melalui kawasan tanah tinggi sementelah pula jalan licin disebabkan waktu tu musim hujan.
7 comments:
OOoooo...gambar Abe Mat ada dalam ni. Salam kenal dari kami berdua.http://www.ceritaku.my
bes...
nilai tambah sehingga jadi wali...he he he..hebat. selamat menikmati kehidupan ini.cikgu mat.
Kak Mahh, salam perkenalan, trip ke mana lagi selepas ini
rosli sulaiman, terima kasih kerana sudi membaca
Kak Mahh, salam perkenalan, trip ke mana lagi selepas ini
saya akan ride ke Afrika November ni.. wwww.ceritaku.my
Post a Comment