Followers

Monday, 1 October 2012

Penginapan di The Regency, Alor Star, Kedah

1 Oktober 2012

Jam 10.00 malam, aku baru aje check in di The Regency, Alor Star, Kedah. Baru saje tiba dengan menaiki pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur pada jam 8.20 malam. Esok aku akan ke Changlun. Kalau kau orang tak tahu kat mana Changlun, di bawah ini aku tunjukkan lokasi Changlun dalam peta Kedah. Changlun adalah pekan di utara Kedah berhampiran dengan Bukit Kayu Hitam.
Ada tugas rasmi yang perlu diselesaikan di sana




Aku suka suasana dalam bilik ini. Serba serbi putih kecuali sofa, TV dan corak kepala katil dan lukisan di kepala katil. Bersih dan menyegarkan. Harga bilik  RM164 semalam dengan sarapan pagi ( harga selepas diskaun bagi kakitangan kerajaan ). Aku paparkan gambar gambar yang baru aku ambil tadi sebaik saje melangkah masuk ke bilik ini. Manalah tahu kalau-kalau kau orang tersesat di Alor Star, boleh menginap di hotel ini.

















No comments: