Followers

Thursday 8 December 2011

Festival Kesenian Kanak-kanak Antarabangsa 2011 di Istana Budaya

Festival Kesenian Kanak-kanak Antarabangsa 2011 akan menyajikan Persembahan Gala Tambahan di Panggung Sari, Istana Budaya pada hari Ahad 11 Disember jam 3.00 petang

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
selaku urus setia festival itu memaklumkan  orang ramai boleh mendapatkan pas percuma mulai 2.30 petang 9 Disember 2011 di Kaunter Box Office, Istana Budaya.

Seramai 411 peserta dari sembilan negara termasuk Malaysia mengadakan persembahan pada Festival Kesenian Kanak-Kanak Antarabangsa anjuran Program Permata di Istana Budaya mulai 8 Disember 2011 ini.


Turut menyertai festival empat hari itu ialah China, Filipina, India, Jepun, Republik Korea, Qatar, Singapura, Sri Lanka dan Malaysia selaku tuan rumah.
Selaku tuan rumah, tiga bentuk persembahan akan dipertontonkan oleh Permata Seni sepanjang festival itu iaitu Permata Seni Koir, Permata Seni Muzik dan Permata Seni Tari.

Festival itu diadakan bagi mengetengahkan bakat kanak-kanak dalam Persembahan muzik, tarian dan nyanyian.

 sumber: BERNAMA

No comments: