Followers

Thursday, 8 December 2011

Replika Beruang Sebar Mesej Toleransi dan Persefahaman

Replika Beruang


Sebanyak 143 replika beruang kini berada di bandaraya bagi menyebarkan mesej toleransi dan persefahaman antarabangsa menerusi pameran 'United Buddy Bears World Tour'. Pameran akan diadakan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Beruang Malaysia, yang dihasilkan oleh pelukis terkenal tanah air, Imuda, adalah antara yang dipamerkan. Pameran selama 8 hari ini bermula pada 8 hingga 15 Disember 2011 adalah di bawah naungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kuala Lumpur bangga  dapat menjadi tuan rumah dan  menyokong the United Buddy Bears, duta perpaduan antarabangsa. The United Buddy Bears ditubuhkan bertujuan mengutip dana untuk kanak-kanak kurang mampu di seantero dunia.


Replika Beruang Antara Yang Dipamerkan

Pertama kali dilancarkan di Jerman pada tahun 2002, sejak itu, ia telah mengembara ke lebih 15 negara, dan Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama dipilih untuk kunjungan itu.

Dengan tema "The Art of Tolerance" (Seni Bertoleransi), the United Buddy Bears World Tour berharap dapat mengumpul dana dengan melelong beruang-beruang berkenaan setinggi dua meter itu dan wang terkumpul akan disalurkan ke pelbagai tabung kanak-kanak di Malaysia.

sumber: BERNAMA

No comments: