Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandaraya pada 2 Februari 2000.
Nak masuk ke Sabah macam kita nak masuk ke Negara asing. Perlu melalui pemeriksaan imigresen. Tak perlu guna passport Malaysia, memadai dengan MyKad sahaja. Selepas selesai urusan imigresen, aku ke kaunter tiket airport teksi untuk mendapatkan perkhidmatan teksi ke Promenade Apartments di Bandar Kota Kinabalu. Tambang dari airport ke Promenade Apartment adalah RM30. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Tempat penginapan telah dibuat tempahan 2 minggu sebelum bertolak. Kami tempah bilik dengan harga RM162 ( RM140++ ) internet rate untuk 2 malam melalui laman web nya di http://www.promenade.com.my Promenade Hotels Resort, Condominium and Apartments menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi penempahan melalui internet.
|
beratur untuk pemeriksaan immegresen |
|
Kemudahan di bilik penginapan |
|
Katil berkembar di bilik penginapan |
|
ruang rehat di bilik penginapan |
|
Pintu masuk ke bilik penginapan |
|
|
|
Bilik yang aku tempah ini sesuai untuk keluarga. Untuk kami dua orang amatlah selesa.
No comments:
Post a Comment