Followers

Tuesday 11 October 2011

Pengangkutan Awam Dari Lapanganterbang Antarabangsa Tawau ke Pusat Bandar Tawau

 24 September 2011 jam 8.30 pagi

 Dari Airport Tawau ke Bandar Tawau, kami menaiki teksi dengan tambang RM45 sehala terus ke tempat penginapan kami di Hotel Emas. Kaunter Tiket Teksi berada di luar terminal ( ketibaan ) lapanganterbang. Bagi yang ingin menaiki bas, Kasah Transport ( S ) Sdn. Bhd ada menyediakan perkhidmatan bas dengan tambang RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak sehala. Kaunter tiket di bahagian dalam terminal ( berlepas ) lapanganterbang. Hanya sebuah saje syarikat bas yang beroperasi dari airport Tawau ke bandar Tawau.