Followers

Monday 31 October 2011

Bentuk Naga, monyet dan gajah ditemui dalam Gua Hang Dou, Halong Bay, Hanoi, Vietnam

Ketika memasuki gua batu kapur di Halong Bay, Hanoi, Vietnam  gambaran paling tepat yang boleh aku katakan adalah bagai berada di alam lain.,untuk menceritakan keunikan dan keistimewaan gua batu kapur itu.

 
Keseluruhannya, ada 1,969 pulau batu kapur yang kebanyakannya belum dicemari di Halong Bay. Antara yang paling terkenal adalah Gua Hang Dou atau Grotte des Merveilles yang diterokai warga Perancis pada abad ke-19.


 
Bahagian dalamnya memaparkan pelbagai bentuk menakjubkan seperti obor-obor, gajah, monyet dan naga hasil pembentukan stalaktit dan stalagmit serta hakisan air dalam gua sejak jutaan tahun lalu.

Friday 28 October 2011

Pesona Alam Halong Bay, Hanoi, Vietnam

Januari 2010 - Musim Sejuk

Halong Bay adalah sebuah teluk dan Tapak Warisan Dunia UNESCO di Vietnam. Teluk ini mempunyai ribuan pulau kecil. Ia adalah destinasi pelancongan terkenal di negeri ini.

Teluk ini terletak dalam wilayah Quang Ninh, Vietnam utara, 160 km barat laut Hanoi, berhampiran sempadan Cina. Bandar Ha Long terletak di tepi teluk ini.





























Wednesday 26 October 2011

Bandar Akademia

26 Oktober jam 10.30 pagi

Ke Bandar Akademia, Lenggeng, Negeri Sembilan tengok rumah contoh. Jauh juga Bandar Akademia ni dari KL lebih kurang 50 km dan dari Kajang 23km Lebih hampir dengan Beranang, jaraknya 3km saje dan dari Semenyih 13 km. Ahad lepas masa pergi ke Festival Islam Antarabangsa di PWTC, sempat singgah di kaunter jualan lot banglo BA di The Mall. Promoter tu cadang aku lihat rumah contoh yang dah siap dibina. 

Kat sini aku nak kongsi gambar-gambar yang sempat diambil masa melawat rumah contoh Daisy. Harga rumah beserta tanah dengan keluasan 50' x 80' RM240,300. Aku dimaklumkan bahawa rumah akan siap dalam tempoh di antara 2 - 3 tahun. Pegangan tanah adalah hak milik bebas ( freehold ). Sebenarnya aku dah bayar RM200 untuk tempah lot tanah. Kalau tak jadi beli, duit RM200 akan dikembalikan. Kepada sesiapa yang berminat nak beli, aku cadang pergi tengok dulu tanah tapak banglo yang kau orang cadang nak beli. Dalam kes aku, tapak banglo yang aku nak beli tu berhampiran dengan pencawang elektrik. Selepas buat sedikit kajian, aku batalkan hasrat nak beli banglo tu sebab kedudukannya berhampiran dengan pencawang letrik. Walaupun jaraknya adalah dalam lingkungan yang dibenarkan, tapi dalam jangka masa panjang ia tetap akan memberi kesan kepada kesihatan manusia. Kau orang boleh dapat banyak maklumat mengenainya di Internet.


Lagi satu yang aku tak berapa nak suka rekabentuk banglo ini ialah dapurnya bersekali dengan ruang tamu - dapur kering.  Jadi kalau nak buat dapur basah, kena extend  untuk buat dapur. Ataupun ada ruang kecil lebih kurang 5' x 5' yang sesuai untuk buat study room yang boleh diconvert jadi dapur. 

Rumah Kelab dah siap dibangunkan dan keahlian kelab percuma. Jenis-jenis lain yang dicadang bina adalah banglo setingkat 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik serta banglo 2 tingkat 5 bilik.

Di rumah kelab ada master plan bagi pembangunan Bandar Akademia ini. Projek ini  merupakan projek The Lion Group dan banglo direka dan dibina oleh Selayang Alunan Sdn. Bhd.















Tuesday 25 October 2011

Renovation Expo Di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) 11 - 13 Nov 2011

Seorang teman beritahu aku petang tadi yang dia tak  tahu pun ada Festival Islam Antarabangsa di PWTC hujung minggu lepas. Aku dah post maklumat mengenainya lebih awal mungkin dia tak sempat nak baca blog aku kot. Kali ni aku post entri mengenai expo pengubahsuaian di venue yang sama, 3 minggu lebih awal dari tarikh event tu supaya sesiapa yang berminat nak pegi boleh buat perancangan awal.

Maklumat Expo
Event Title REX Malaysia International Renovation Expo 2011
Date 11 - 13 November 2011
Venue P.W.T.C. Putra World Trade Centre,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Hall 1, Hall 2, Hall 3 & Hall 4
Exhibition Area 268,000 square feet
Booths 1200 Booths (attempt to break the Malaysia’s Book of Record)
Organiser EG Groups Holding Sdn Bhd
Incorporating with Luxury Living Showcase, REX ID Forum & Conference, REX Green Concept, REX Furniture Ideas, REX Deco REXShop Ideas, REXOffice Concept, REX Expat Day
Admission Hall 1, 2, 3, 4 - Free Entry / Open to Public Except Luxury Living Showcase - Platinum Level, Upper Hall 1 (For Trade Only & Registration requires)
Tel 03 9056 3323      
Fax 03 9056 5323      
Email info@eggroups.com
Website http://www.egrenoexpo.com/




   

Monday 24 October 2011

Masjid Sultan Ahmed ( Sultanahmet Camii )/Masjid Biru ( Blue Mosque )





Ketika berkunjung ke Istanbul, Turki pada Februari 2010 yang lepas, aku berkesempatan mengunjungi Masjid Sultan Ahmed atau dalam bahasa Turki disebut Sultanahmet Camii yang terkenal di Istanbul. Masjid ini juga dikenali sebagai Blue Mosque atau Masjid Biru. Dikenali  sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Bagai satu kemestian jika mengunjungi Istanbul, Masjid Biru merupakan salah satu tempat yang dilawati.




Masjid ini dibangun antara tahun 1609 dan 1616 atas perintah Sultan Ahmed I yang kemudian menamakan masjid ini dengan namanya.  Masjid ini terletak di kawasan tertua di Istanbul (old istanbul), di mana sebelum 1453 merupakan pusat pentadbiran Constantinople , ibukota Bizantium. Arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk Masjid Sultan Ahmed ialah Sedefhar Mehmet Aga. Terletak berdekatan Hippodrome dan menghadap ialah Gereja Hagia Sophia.






Memandangkan sewaktu melawat Istanbul, aku menginap di Sultanahahmet, jadi masjid ini berada tidak jauh dari  Hotel Meddusa, tempat penginapanku. Hanya berjalan kaki saje lebih kurang 500 meter.



Kalau nak maklumat yang lebih detail boleh browse website ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Sultan_Ahmed