Followers

Friday, 25 November 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433

Pagi ini sebagaimana hari Jumaat yang lepas-lepas, pejabat aku mengadakan Mesyuarat Pengurusan. Pengerusi mesyuarat pagi ini adalah boss nombor 3 pejabat aku. Sebelum memulakan mesyuarat dia memberi muqadimmah mengenai dengan hijrah. Dia kata malam semalam dia menonton Forum Perdana yang disiarkan di TV3. Tajuk Forum Perdana minggu ini adalah mengenai hijrah bersempena dengan sambutan Tahun Baru Hijrah 1433.


Katanya antara  lain isi kandungan ceramah hijrah itu adalah:

Pertama, katanya  mulakan hijrah dengan yang kecil-kecil dulu,  yang kita mampu untuk mengubahnya. Dia beri contoh, kalau kebiasaannya kita mula bertugas  8.00 pagi, janganlah jam 8.00 pagi  baru nak pergi minum pagi. Katanya kita boleh berubah dengan memulakan tugas tepat jam 8.00 pagi dan kita mengambil sarapan pagi sebelum waktu kerja kita bermula.

Yang kedua katanya  untuk berubah kita perlu lakukan ke atas diri kita sendiri dulu sebelum kita cuba untuk mengubah orang lain, keluarga ataupun organisasi. Kita cuba mengubah apa yang dalam kawalan kita.

Yang ketiga adalah mulakan sekarang dan jangan bertangguh jika tidak perubahan tidak akan berlaku. Bak kata orang tua-tua kerja bertangguh tak menjadi, yang ini aku tambah, boss aku tak cakap pun.  Walau apapun, aku mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 dengan harapan semoga penggantian tahun hijrah ini memberi semangat  untuk kita menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya Amin.

No comments: