Followers

Friday 11 November 2011

Nasihat Perjalanan Ke Jepun Oleh Kementerian Luar Negara Malaysia

Peta Jepun
Pada 25 Mei 2011 Kementerian Luar Negeri Malaysia telah mengeluarkan nasihat perjalanan terkini untuk rakyat Malaysia yang mengadakan perjalanan ke Jepun. Dengan mengambilkira  keadaan yang semakin pulih di kawasan timur laut Jepun, Kementerian Luar Negeri Malaysia menarik balik nasihat perjalanan yang tidak mengalakkan rakyat Malaysia mengadakan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan timur laut Jepun.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia adalah dinasihatkan untuk mengelakkan perjalanan ke dalam kawasan lingkungan 30 km dari Pusat Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi dan sentiasa mematuhi zon larangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Jepun.

Rakyat Malaysia yang berada di Jepun dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun yang berkaitan.
 
Rakyat Malaysia yang berada di Jepun adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang boleh dihubungi melalui telefon iaitu +81-3-3476-3840 dan emel maltokyo@kln.gov.my.



No comments: