SMD Ouessant Agosta 70 semasa ketibaan |
Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 seberat 1,300 tan, berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar itu telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia dari sebuah pelabuhan di Perancis. Kapal selam itu kini diletakkan di tapak Muzium Maritim di Dataran 1Malaysia, di Klebang, Melaka. Orang ramai berpeluang menyaksikannya secara percuma selama 10 hari mulai 22 November 2011 ini.
SMD Ouessant Agosta 70 di tapak muzium maritim |
Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 dibina pada 1979 dan milik tentera Perancis pernah digunakan untuk latihan pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Perancis sebagai persiapan untuk mereka mengendali kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Malaysia dari negara itu. Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 ini adalah sebahagian dari pakej pembelian oleh Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM )
No comments:
Post a Comment