Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Mulai 1 November yang lalu, Pasarama Kota telah ditutup bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan projek My Rapid Transit (MRT). Semua operasi perkhidmatan bas dari terminal tersebut telah dihentikan selepas pelepasan terakhir pada 31 Oktober 2011. Penutupan Pasarama Kota ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan stesen MRT Pasar Seni bawah tanah yang baru. Stesen MRT Pasar Seni baru ini akan berintegrasi dengan stesen LRT Pasar Seni yang sedia ada, di mana pengguna perkhidmatan LRT dapat menukar kepada perkhidmatan MRT atau sebaliknya tanpa meninggalkan stesen dan tanpa keperluan untuk membeli tiket baru. Terminal bas yang baru akan dibina semula di tapak yang sama apabila projek MRT ini selesai, dijangkakan pada tahun 2016. Kesulitan sementara ini adalah untuk membolehkan satu sistem pengangkutan awam yang moden dan bertaraf antarabangsa dibina, bagi kemudahan masa hadapan, insyallah. Sumber image:http://www.hmetro.com.my |
Aku tulis apa saje yang terlintas di fikiran. Samada pengalaman perjalanan ke tempat-tempat yang pernah aku lawati, aktiviti harianku, maklumat yang aku dapat dari bacaan atau apa-apa saje.
Followers
Friday, 11 November 2011
Pasarama Kota ( Hentian Bas Kelang ) Ditutup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment