Followers

Monday 14 November 2011

Amalan 5S Sektor Awam

Hari in pejabat aku mengadakan Hari Inovasi yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri  Aas Tani. Antara aktiviti yang diadakan pada hari ini adalah ceramah berkenaan dengan Amalan 5S.  Ceramah Amalan 5S ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga kerja kat pejabat aku kaedah upelaksanaan amalan 5S ini. 

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.

Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan,  kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.

Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara menyeluruh.


5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan membawa maksud

Seiri - Sisih
Menyisih fail lama tidak aktif dengan fail baru yang masih aktif.

Seiton - Susun
Menyusun dokumen/bahan/alatan pejabat supaya mudah diambil/diguna.

Seiso - Sapu
Menyapu/membersih ruang pejabat dan ruang kerja/bilik serta peralatan kerja individu.

Seiketsu- Seragam
Menyeragamkan susunan fail/meja kerja/bilik mesyuarat/ peralatan pejabat.

Shitsuke - Sentiasa Amal
Mengamalkan selalu aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam.

Kau orang boleh download Garis Panduan Amalan 5S dari website Jabatan Perkhidmatan Awam seperti link kat bawah ni.

No comments: