Followers

Tuesday 28 June 2011

Langkawi Geopark dan Oriental Village, Pulau Langkawi




Sepanjang perjalanan dari Institut Pengurusan Peladang, Langkawi ( IPP ) ke Gunung Mat Cincang, aku nampak banyak papan tanda Langkawi Geopark dan Oriental Village. Aku  bertanya kepada pemandu van di mana letaknya Langkawi Geopark dan Oriental Village tetapi tiada jawapan yang menyakinkan diterima. Hati masih tertanya-tanya. Sebelum ini dah banyak kali juga aku datang ke Langkawi tetapi macam tak pernah dengar pun tentang Langkawi Geopark dan Oriental Village. Atau pun mungkin kerana setiap kali datang ke Langkawi aku sibuk dengan aktiviti urusan rasmi pejabat jadi kesempatan untuk berjalan-jalan adalah amat terhad. Yang aku tahu kalau sebut aje nak naik kereta kabel, orang-orang tempatan akan sebut Gunung Mat Cincang.

Apabila tiba aje kat kawasan pakir kereta Gunung Mat Cincang, aku ternampak pintu gerbang masuk ke stesyen kereta kabel. Tertera perkataan Langkawi Geopark dan Oriental Village. Baru aku faham Langkawi Geopark itu adalah Kereta Kabel Langkawi dan Oriental Village adalah bangunan-bangunan kat kaki gunung Mat Cincang yang dijadikan kedai-kedai menjual cenderahati-cenderahati.



Untuk lebih komersial, kereta kabel Langkawi tu dipanggil Langkawi Geopark. Untuk menaiki kereta kable ini, bayaran sebanyak RM30 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak dikenakan. Bagi pemegang Mykad ( rakyat Malaysialah tu ) 50% diskaun diberikan  bagi perjalanan dari jam 5 – 7 malam ( happy hour ). Kalau nak dapat diskaun datang pada jam 5 petang. Kawan yang datang bersama-sama dengan aku bertanya kat kaunter kenapa ada diskaun pada jam 5 – 7 malam. Dia takut mungkin disebabkan angin kuat ke atau ada sebab-sebab tertentu  yang menyebabkan diskaun diberikan pada sebelah petang. Petugas dikaunter menjelaskan bahawa ianya hanyalah  caj istimewa yang diberikan kepada rakyat Malaysia sahaja. Perjalanan naik mengambil masa selama 15 minit dan perjalanan turun juga mengambil masa selama 15 minit. Terdapat dua stesyen apabila anda telah berada di atas. Anda boleh turun di stesyen samada yang pertama atau kedua untuk melihat pemandangan dari atas ataupun untuk bergambar. Pemandangannya memang cantik dan anda patut mengalaminya sendiri. 


Aku nak cerita  tentang gelagat salah seorang kawan yang bersama-sama aku menaiki kereta kabel tu. Masa mula-mula dia mengajak aku bukan main bersemangat lagi. Aku kata aku agak takut juga nak naik kereta kabel tu. Yang paling tinggi aku pernah naik pun kereta kabel kat Genting Highland. Tapi dia memberikan semangat kata tak ada apa yang nak ditakutkan. Lagi pula kat atas sana pemandangannya tersangatlah cantik. Akhirnya aku pun setujulah untuk naik tambahan pula ada diskaun 50%. Apabila dah berada dalam kereta kabel dan kereta kable tu mula bergerak. Aku lihat dia pejamkan mata dan tiba-tiba dia menjerit. Aku pun terkejutlah dan tanya dia kenapa, rupa-rupanya dia gayat dengan ketinggian. Sepanjang perjalanan dia memejamkan mata dan memegang erat tangan kawan yang disebelahnya. Walau apapun aku respect betul kat dia sebab dalam takut-takut pun dia memberanikan diri untuk mencuba. Katanya dia cuba untuk menghilangkan penyakit gayatnya itu.

1 comment:

raturayau said...
This comment has been removed by the author.