Di sini ingin saya kongsi beberapa panduan bagi mereka yang ingin untuk mengembara secara sendiri berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui.
Apabila tiba di sesebuah negara, bersama-sama anda adalah duit, kad kredit atau barang-barang berharga yang lainnya. Ramai orang yang ingin menghulurkan bantuan. Anda tentunya tidak mahu orang mengambil kesempatan ke atas diri anda. jadi berhati-hatilah.
Sebelum memulakan pengembaraan, dapatkan maklumat awal mengenai layout lapanganterbang, stesen keretapi, stesen bas atau apa juga stesen pengangkutan yang anda akan tiba. Ini akan membantu anda mendapatkan maklumat pengangkutan bagi destinasi seterusnya. Jika anda ingin menggunakan perkhidamtan teksi, adalah lebih selamat jika mendapatkannya daripada kaunter perkhidmatan teksi. Walaupun harganya lebih sedikit tidak mengapa ini adalah bagi mengelakkan dari ditipu dan juga bagi tujuan keselamatan. Lebih-lebih lagi jika inilah kali pertama anda menjejakkan kaki di negara itu. Jika budget adalah perkara penting, saya nasihatkan anda menggunakan pengangkutan awam seperti metro ataupun bas. Itupun jika tidak membawa beg yang banyak dan besar.
Jika lewat tiba di destinasi seperti pada waktu malam dan anda pula seorang wanita, saya nasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa dari hotel tempat penginapan ( hotel pick-up service ). Adalah lebih baik jika mendapatkan tempat penginapan yang berhampiran dengan stesen ketibaan.
Simpan wang dan dokumen-dokumen penting di dalam beg tangan kerana ini adalah lebih selamat dan mudah untuk mengeluarkannya jika diperlukan.
Sebelum memulakan pengembaraan, pastikan anda telah menukar matawang negara yang ingin dilawati. Bagi negara yang matawangnya tidak terdapat di Malaysia, saya nasihatkan membawa matawang USD atau EURO kerana matawang ini diterima di seluruh dunia.
Kebanyakan Negara di dunia ini adalah selamat untuk dilawati tetapi terdapat juga Negara yang kadar jenayahnya tinggi. Anda perlu lebih berhati-hati.
No comments:
Post a Comment