Followers

Thursday, 12 January 2012

Konichiwa Osaka

Sudah agak lama juga blog ini tidak dikemaskini . Keterbatasan waktu menyebabkan blog ini terbiar begitu saje. Ada tugas yang lebih penting yang memerlukan komitment yang lebih adalah antara sebab blog ini tidak dapat dikemaskini. Lebih-lebih lagi di penghujung tahun 2011 dan bermulanya tahun 2012, banyak perancangan kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Walau apapun, dalam kesibukan yang entah bila ada penamatnya, sempat juga aku bercuti di Osaka, Jepun.



Percutian selama 9 hari 8 malam ini memang telah dirancang dari bulan Ogos tahun lepas lagi. Waktu tu Airasia melancarkan destinasi baru. Aku mengambil kesempatan dengan promosi harga yang murah. Boleh dikatakan murahlah juga jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh  syarikat penerbangan yang lain.










Perjalanan bermula pada hari ini 11 Januari 2011, denagn pernerbangan AirAsia X pesawat  D7  536, aku dengan beberapa orang rakan menaiki pesawat pada jam 2.00 petang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kansai International Airport mengambil masa selama 6 jam 25 minit. Perjalanan begitu lancar sekai. Tepat jam 9.25 malam waktu tempatan pesawat mendarat di Kansai International Airport, Osaka, Jepun. Cuaca amat sejuk maklum ajelah memang pun musim sejuk. Suhu pada waktu tu sekitar 5 darjah Celsius..


Urusan di kaunter immigration berjalan lancar. Amat mudah, mungkin mereka mempunyai system kemasukan warga asing yang efficient. Tiada apa-apa soalan yang ditanya. Selepas selesai pemeriksaan immigration. Kami berjalan menuju ke stesyen keretapi.  Tanda arah  disediakan dalam bahasa Jepun dan English jadi dengan mudahnya kami dapat mencari stesyen keretapi. Lagi pun aku memang dah buat sedikit research berkenaan dengan pengangkutan yang akan kami gunakan untuk ke tempat penginapan yang telah diempah.



Terdapat beberapa pilihan jenis keretapi yang hendak dinaiki. Kami memilih Nankai Line kerana harganya murah dan lebih mudah untuk ke tempat penginapan yang telah ditempah. Dengan harga 890 yen bersamaan dengan RM37 dan masa perjalanan selama 30 minit kami sampai di Station Shin-Imamiya. Keluar dari station, ambil laluan sebelah kanan dan berjalan  kaki lebih kurang 500 meter, kami sampai di Hotel Chuo, Osaka.


Seperti perjalanan  yang lepas-lepas, tempahan hotel dibuat melalui web site hostelplanet. Harga twin room ensuite ( bilik air di dalam) 2,700 yen seorang. Lebih kurang RM110. Biliknya agak luas dengan kemudahan TV, peti sejuk dan free wifi. Bilik airnya juga luas siap dengan bathtub lagi. Tempat tidurnya stail Jepun,  tilam denagn selimut tebal dan juga dua biji bantal. Oklah aku rasa selesa. Di ruang loby disediakan flask air panas, water dispenser dan ruang dapur yang kecil jika ada yang berminat untuk memasak.

Bilik air dengan bathtub disediakan

Sinki dan tandas duduk

Sabun Mandi dan shampoo juga disediakan
Kopi dan teh disediakan percuma untuk sarapan pagi

Empat buah komputer dengan capaian internet disediakan diruang lobi hotel

Ruang dapur bagi yang berminat untuk memasak

Sofa untuk bersantai
Semasa check-in, kami jumpa beberapa orang Malaysia yang juga baru nak daftar masuk.  Hotel ini boleh dikatakan popularlah juga among Malaysians. Setakat  ini dulu cerita aku untuk hari pertama, nanti aku update pengalaman perjalanan kali ini.

2 comments:

Anonymous said...

watashi wa namae amy...nak berkenalan boleh ...ini email sya...helmiharun28@gmail.com

tihani alani said...

Best2... Bleh jd sumber informasi... Tq