Followers

Monday 23 January 2012

Jalan-jalan di Nara

Hari kelima di Osaka. Cuaca pagi ini lebih sejuk dari hari-hari yang lepas. Aku agak sekitar 2 darjah celcius. Program kami pagi ini ke Nara. Nara merupakan sebahagian daripada Wilayah Kansai.  Pernah jadi Ibu Negara Jepun sebelum Kyoto dan Tokyo. Nara dikenali sebagai bandar rusa kerana terdapat banyak rusa di Nara Park. Untuk ke Nara kami mengambil JR Train  ( rapid service ) dari Shin- Immamiya ( berhampiran dengan tempat penginapan kami, Hotel Chuo ) ke Nara Station. Perjalanan mengambil masa 35 minit dengan tambang 540 yen sehala. Sesampai di Nara Station kami ke Information Tourist Center yang terletak di stesyen ini. Kami bertanyakan tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati di Bandar Nara. Sebalinya kami ditawarkan perkhidmatan pemandu   pelancong percuma untuk melawat tempat tempat tumpuan pelancong di Nara. Kami diminta pergi ke sebuah lagi Information Tourist Center yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Stesyen Nara dan diminta berjumpa dengan Emi. Emi seorang wanita pertengahan umur yang menjalankan tugas sebagai sukarelawan pelancongan. Beliau pernah bertugas sebagai guru bahasa Inggeris bagi sebuah badan korporat. 

Dengan berjalan kaki, Emi membawa kami melawat Nara Park. Dalam Nara Park ini terdapat banyak berhala dan tokong yang menjadi pegangan penganut ajaran Shinto dan Buddha. Rusa-rusa yang banyak berkeliaran secara bebas di dalam taman ini juga merupakan kepercayaan mereka bahawa rusa-rusa ini adalah utusan tuhan mereka.


 








No comments: