Semasa dalam perjalanan menghantar salah seorang teman yang sama-sama menghadiri kursus Networking di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi ke Lapanganterbang pada hari Khamis 21 Julai 2011 yang lalu, kami sempat singgah minum petang di sebuah gerai berhampiran dengan Lapangaterbang Antarabangsa Langkawi. Gerai itu dinamakan Laksa Pulau dan terletak di Ujung Airport ( panggilan orang tempatan ). Kami sempat menikmati semangkok laksa dan juga segelas cendol. Memang sedap laksanya ( ikut selera akulah ) dan cendolnya memang kow dengan lemak dan manisnya. Harga semangkok laksa dan segelas cendol adalah RM5 saje. Selain laksa dan cendol, gerai ini juga ada menjual pasembor. Menurut kata En. Zul pemandu kereta yang membawa kami ke situ, pasembornya juga sedap. Memandangkan perut pun dah kenyang, kami tak mampu nak merasanya. Kalau ada kesempatan berkunjung ke Langkawi lagi, insyallah kami akan ke situ lagi.
Laksa dan cendol di Ujung Airport, Langkawi |
Gerai Laksa Pulau |
Tetamu gerai Laksa Pulau sedang menjamu selera |
Pemandangan pantai berhampiran gerai Laksa Pulau |
2 comments:
mmmm..sedapnye..
tengok gambar pun dah tahu sedap, apalagi kalau dapat merasanya.
Post a Comment