Followers

Monday, 4 July 2011

Perjalanan Ke Pulau Pinang

Sejak semalam aku berada kat Tanjung Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang. Perjalanan kali ini merupakan atas urusan rasmi. Menghadiri Persidangan Perisian Sumber Terbuka 2011 yang diadakan pada 3 – 5 Julai 2011 di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi. Persidangan  ini merupakan yang ketiga diadakan dan pertama diadakan di luar Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah anjuran bersama Open Source Developers Club Malaysia dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju       ( AMDI ) atau Advanced Medical and Dental Institute, Universiti Sains Malaysia. Slogan persidangan 2011 adalah Innovating The Change. Sebelum ini pada tahun 2009 slogan persidangan adalah Open To Change dan dikuti dengan Making The Change pada tahun 2010.

Sumber Terbuka bukanlah satu konsep yang  asing kepada rakyat Malaysia. Ianya telah digunakan secara meluas di dalam industri, organisasi dan juga komuniti. Petikan definisi Sumber terbuka yang aku ambil dari Wikipedia. Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.


Persidangan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Dan pada sebelah malamnya pula diadakan community event di mana peserta persidangan boleh berinteraksi dengan pakar-pakar sumber terbuka dari luar negara. So program kali ini adalah padat jadi tak ada peluanglah aku nak berjalan-jalan. Kalau ada masa pun pada 6 Julai waktu perjalanan  ke airport. Mungkin akan singgah sebentar di Chowrasta Road kot2 lah nak beli jeruk buah.

No comments: