Followers

Friday, 8 July 2011

Kunjungan Kali Kedua Ke Seoul, Korea

8 Julai 2011 jam 1.55 petang waktu Malaysia, kapalterbang yang aku naiki berlepas ke Seoul, Korea. Perjalanan kali kedua bagi aku. Perjalanan yang pertama adalah pada tahun 2009. Kali ini menaiki penerbangan Air Asia X dengan tambang RM354. Tempahan hampir sembilan bulan  yang lalu menjadi kenyataan. Sebelum ini pada April yang lepas terpaksa membatalkan hasrat untuk ke Colombo walaupun tiket telah dibeli kerana kesibukan ( entah apa yang sibuk aku pun tak tahu.)

Penerbangan dijangka mengambil masa selama 6 jam 20 minit dan dijangka akan mendarat di Incheon International Airport pada jam 9.25 malam waktu tempatan. Semasa menulis entri ini kapalterbang baru 30 minit berlepas. Tempahan guest house telah dibuat semalam. Kali ini tempahan dibuat pada saat-saat akhir. Nasib baik masih ada lagi bilik berkembar ( twin sharing ) dengan harga 55,000 Korean Won ( KW ) lebih kurang RM160 untuk 2 orang. Kami akan menginap di Namsan Guest House yang  berhampiran dengan pusat membeli belah Myeongdong. Tak tahu macam manalah rupa bilik yang kami tempah itu.
Semasa menerima pengesahan tempahan melalui email aku telah diberitahu bahawa bilik air Namsan Guest House adalah kecil. Tak apalah lagi pun kami bukannya nak tidur dalam bilik air. Setakat nak mandi dan melepaskan hajat aje.

Setakat ini penerbangan lancar dengan sekali sekala terdapat gangguan cuaca yang tidak begitu baik. Oklah aku nak tidur dulu, semalaman tak berapa nak nyenyak tidur bukan sebab exited nak berjalan tapi takut terlewat bangun. Nanti aku update lagi pengalaman perjalanan di bumi Seoul, Korea.

Myendong di waktu pagi Sabtu

No comments: