Followers

Friday, 30 March 2012

Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 - Day1


Peserta Kursus Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1


Sesi Ice Breaking

Bertempat di Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang, Slangor aku berkempatan mengikuti Program Peningkatan Kaunseling anjuran Kementeria bersama-sama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam. Program hari pertama sesi ice breaking. Tujuan sesi ini supaya setiap peserta kenal mengenal di antara satu dengan yang lain. :Program bermula jam 2.30 petang hinggalah ke jam 6.30 petang.

Nak tahu bagaimana fasilator conduct sesi ini. Mula-mula kami dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut jantina. Kemudian kami bersalam-salaman di antara satu lain sambil memperkenalkan diri dengan menyatakan nama dan  tempat bertugas sambil mata bertentangan mata. Tujuannya supaya perkenalan ini sampai ke hati tidak setakat dimulut sahaja.

Urusetia program sedang memberi taklimat mengenai perjalanan program.

menunggu peserta-peserta lain sampai. Program ini melibatkan peserta dari pelbagai agensi di seluruh negara. Peserta seramai 45 orang.


En. Jamal, Penolong Pengarah di Jabatan Kebajikan Masyarakat selaku  fasilitator sesi ice breaking memberi arahan kepada peserta supaya  berbaris 2 barisan mengikut jantina




Sesi suaikenal bermula. Bersalam-salaman di antara peserta. Semasa bersalam-salaman tu  muka mesti tersenyum. Peserta-peserta walaupun dari Kementerian yang sama tapi berlainan agensi. Kebanyakan peserta tidak kenal mengenal di antara satu dengan yang lain kecuali jika dari jabatan atau agensi yang sama. Program ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai kaunseling. Kononnya nak jadi kauselor.  Tapi nak jadi kauselor kena ambil degree dalam bidang kauseling di universiti selama 4 tahun. Program ini cuma 4 hari aje, bukanlah nak jadi kaunselor cuma rakan pembimbing aje. Boleh ke aku jadi rakan pembimbing. Bimbing orang yang ada masalah. Aku sendiri pun ada masalah. Boleh ke? Mesti boleh kan. Pemikiran kenalah positif. Ini kerja sukarela tau, tak ada gaji atau elaun tambahan. Ada ke orang yang mempunyai masalah nak datang jumpa aku? Itupun satu lagi persoalan. Jom layan lagi gambar-gambar semasa sesi ice breaking.



Fasilitator menunjukkan cara yang betul untuk bersalaman. Yg ini pun nak kena ajar.



Bukan setakat bersalaman saje tapi kena berpelukan juga. Tapi sesama jantina saje, berlainan jantina tidak dibenarkan, harammm




Selepas sesi bersalaman, kami diminta melakukan latihan fokus kepada apa yang di dengar. Nampak macam latihan untuk warmup aje tapi sebenarnya latihan fokus kepada arahan yang diberi. Nak jadi pembimbing kenalah memberi tumpuan kepada apa yang di dengari.




Dalam sesi ice breaking ini juga kami ramai-ramai menyanyi lagu Sudirman, Bila wajahmu ku bayangkan. Ini lirik lagunya. Lagu ini mungkin ditujukan kepada seorang kekasih tapi dalam konteks program kami ini lagu ini ditujukan kepada seorang sahabat.

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

Bila kasih mu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkan mu

Pernah dulu pernah ku di cinta
(Pernah dulu pernah ku bercinta)
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Di cinta begini
(Bercinta begini)

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

No comments: