Followers

Wednesday, 7 March 2012

SBPA Dibatalkan, SSM Ditambahbaik

Pagi ini cuaca agak dingin, kabus meliputi Kuala Lumpur hingga ke Putrajaya. Sepatah kata Presiden CUEPACS Dato Omar Osman, “cuaca sejuk rezeki murah” katanya semasa memberi ucapan kepada lebih dari 8,000 orang penjawat awam di Perhimpunan Khas Penjawat  Awam yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pagi ini, 8 Mac 2012.

Di dalam ucapannya juga beliau menasihati anggota perkhidmatan awam supaya selalu ceria, efficient, elakkan mengambil cuti sakit tiap-tiap bulan, jalan mesti cepat, sihat, bos suruh buat kerja mesti laksanakan dan jangan banyak bangkangan. Jangan mengambil rasuah, ponteng kerja serta tak buat kerja.

Perhimpunan ini diadakan  bagi mendengar  pengumuman penting yang  disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.


Antara rumusan pengumuman yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.


1.                Struktur SBPA dibatalkan, SSM ditambahbaik
2.                Penubuhan Suruhanjaya Khas
3.                Pelarasan gaji :

Pengurusan dan professional – 13% ( Gred 1 – 54 )
Gred Utama, Jusa A, B dan C – 9%
Gred Turus 2 dan 3 – 8%
Gred Turus 1 dan KSN – 7%

4. Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
5. Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

6. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.




2 comments:

sabree hussin said...

walaupun SSM ditambah baik, tetap ia tak beri kesan kat saya... sebab saya keja private

roy said...

mungkin tidak secara langsung, tetapi secara tidak langsung ada kesannya. Manfaat kenaikan gaji ini pasti akan merancakkan lagi pertumubuhan ekonomi negara kerana perbelanjaan pengguna akan memberi kesan gandaan dalam kitaran ekonomi