Followers

Wednesday 21 March 2012

Pengubahan Wang Haram



Pengubahan wang yang aku nak story ini bukan gubahan wang nak dijadikan hantaran perkahwinan tapi pengubahan wang hasil dari aktiviti haram. Semalam semasa dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kuala Lumpur selepas menghadiri bengkel Non-core ICT Business Process, seorang rakan sepejabat yang bersama-sama menghadiri bengkel itu bagi tahu yang dia tidak tahu apa maknanya pengubahan wang haram. Masa tu kat Radio Sinar FM sedang menyiarkan berita mengenai hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Dr. Hamimah Idruss akibat dari aktiviti pengubahan wang haram. Dr Hamimah Idruss merupakan individu pertama di negara ini didakwa mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2011, dihukum penjara tiga tahun dan denda RM6,394,530.72 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM41.33 juta dan bersubahat memalsukan dokumen.

Tafsiran pengubahan wang haram yang aku ambil dari Akta 613 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Pengubahan Wang Haram bererti perbuatan seseorang yang -

(a) melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada apa-apa aktiviti haram;

(b) memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah, menukar, membawa, melupuskan, menggunakan, mengalihkan dari atau membawa masuk ke Malaysia hasil daripada apa-apa aktiviti haram;

atau

(c)   merahsiakan, menyembunyikan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, lokasi, pergerakan, pelupusan, hakmilik, hak berkenaan dengan, atau pemunyaan, hasil daripada apa-apa aktiviti haram,

Penggubahan wang haram merupakan satu aktiviti penjenayah atau pun kongsi gelap antarabangsa yang menggunakan wang daripada hasil kegiatan jenayah untuk dilaburkan semula atau dibersihkan melalui jalan yang sah dan mengikut undang-undang sedia ada.
Jalan yang sah dimaksudkan ini ialah menerusi pembelian saham, FOREX, pembiayaan industri atau projek yang besar, insurans, pembelian stok, terlibat dalam sektor hartanah, pasaran hadapan, derivative dan sebagainya.
Lebih canggih dan hebat lagi, ada sebilangan penjenayah menggunakan wang berkenaan bertujuan membiayai dan membeli bank-bank tertentu yang bermasalah dan kemudiannya diniagakan melalui pelbagai skim pinjaman berfaedah.


Proses Pengubahan Wang Haram

No comments: