Dengan berjalan kaki, Emi membawa kami melawat Nara Park. Dalam Nara Park ini terdapat banyak berhala dan tokong yang menjadi pegangan penganut ajaran Shinto dan Buddha. Rusa-rusa yang banyak berkeliaran secara bebas di dalam taman ini juga merupakan kepercayaan mereka bahawa rusa-rusa ini adalah utusan tuhan mereka.
Aku tulis apa saje yang terlintas di fikiran. Samada pengalaman perjalanan ke tempat-tempat yang pernah aku lawati, aktiviti harianku, maklumat yang aku dapat dari bacaan atau apa-apa saje.
Followers
Monday, 23 January 2012
Jalan-jalan di Nara
Hari kelima di Osaka. Cuaca pagi ini lebih sejuk dari hari-hari yang lepas. Aku agak sekitar 2 darjah celcius. Program kami pagi ini ke Nara. Nara merupakan sebahagian daripada Wilayah Kansai. Pernah jadi Ibu Negara Jepun sebelum Kyoto dan Tokyo. Nara dikenali sebagai bandar rusa kerana terdapat banyak rusa di Nara Park. Untuk ke Nara kami mengambil JR Train ( rapid service ) dari Shin- Immamiya ( berhampiran dengan tempat penginapan kami, Hotel Chuo ) ke Nara Station. Perjalanan mengambil masa 35 minit dengan tambang 540 yen sehala. Sesampai di Nara Station kami ke Information Tourist Center yang terletak di stesyen ini. Kami bertanyakan tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati di Bandar Nara. Sebalinya kami ditawarkan perkhidmatan pemandu pelancong percuma untuk melawat tempat tempat tumpuan pelancong di Nara. Kami diminta pergi ke sebuah lagi Information Tourist Center yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Stesyen Nara dan diminta berjumpa dengan Emi. Emi seorang wanita pertengahan umur yang menjalankan tugas sebagai sukarelawan pelancongan. Beliau pernah bertugas sebagai guru bahasa Inggeris bagi sebuah badan korporat.
Sunday, 22 January 2012
Istana Nijo di Kyoto, Jepun
Hari kelima kami ke Kyoto. Tempat tarikan pelancong yang akan kami lawati adalah Istana Nijo. Istana ini adalah warisan nasional, terletak hampir dengan pusat kota dengan keluasan 500 m (timur-barat) x 400 m ( utara-selatan) dikelilingi parit. didirikan pada tahun 1603, sebagai tempat persinggahan bagi Tokugawa Ieyasu, Shogun pertama, pemerintahan Tokugawa. Pada tahun 1626, Tokugawa Iemitsu, Shogun ke-3 memperbaharui dan membesar bangunan yang dahulu hanya setengah dari ukuran sekarang. akan tetapi setelah Shogun Iemitsu berkuasa, istana itupun jarang dikunjungi oleh para Shogun lainnya, dan hanya sebagai lambang keagungan pemerintahan Tokugawa. Pada tahun 1867, Shogun ke-15 menyerahkan kekuasaannya di istana ini dan dengan demikian berakhirnya kekuasaan Tokugawa memasuki Restorasi Meiji.
Entrance fee sebanyak 600 yen dikenakan bagi memasuki istana ini.
Friday, 13 January 2012
Hari Ketiga Di Osaka, Jepun
Program kami hari ini adalah ke Osaka Aquarium Kaiyukan yang terletak di Tenpozan Harbour Village dan berhampiran dengan Osakako Station. Untuk ke sini, kami masih lagi menggunakan subway. Perjalanan bermula dari Station Dobutsuen-mae ( Midosuji Line ) turun di Homacihi Station untuk menukar ke Chuo Line bagi perjalanan seterusnya ke ke Osakako Station ( Chuo Line ). Tambang bagi perjalanan ini adalah 540 yen ( RM22.20 ).
Osaka Aquirium lebih kurang sama macam Underwater World di Langkawi, Kedah. Cuma hidupan laut di dalamnya dibahagikan berdasarkan kepada hidupan Laut di Hutan Jepun, diikuti denagan Kepulauan Aleutians, Teluk Monterey, Teluk Panama, Hutan Hujan Ecuador, Antartica, Lautan Tasman, Terumbu Karang Besar, Australia, Lautan Pasifik, Soto Inland Sea, Lautan Finless Porpoise, Lautan Chile, Selat Cook, Dasar Laut Jepun, dan Ubur-Ubur.
Terletak di dalam bangunan setinggi 5 tingkat dan pelawat akan bermula di tingkat paling atas dan seterunya berjalan seperti memusing secara menurun sehingga ke tingkat paling bawah. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak 2,000 yen ( RM82 ) bagi dewasa, kanak-kanak berumur 7 – 15 tahun sebanyak 900 yen ( RM38 ) dan 4 – 6 sebanyak RM400 yen (RM17 ). Dibawah 4 tahun percuma.
Thursday, 12 January 2012
Hari Kedua di Osaka, Jepun
Suhu pagi ini sekitar 4 darjah celcius. Program kami pagi ini ke Osaka Castle Museum yang terletak di Osaka Business Park. Untuk ke sana kami menggunakan subway. Bagi menggunakan subway kami membeli Rainbow Card, kad prabayar bagi menggunakan subway, kami memilih harga paling minimum 1,000 yen ( RM41 ).
Dari Station Dobutsuen-mae ( Midosuji Line ) yang terletak berhampiran dengan Hotel Chuon kami ke Shinsaibashi Station. Dari situ kami menukar train ke Nagahori Tsurumi-ryokuchi Line untuk ke Osaka Business Park Station. Osaka Castle Museum ini terletak lebih kurang 2 km dari Osaka Business Park Station. Perjalanan pergi dan balik ke Osaka Business Park ini kos menaiki subway train adalah 680 yen ( RM28 ).
Dari Station Dobutsuen-mae ( Midosuji Line ) yang terletak berhampiran dengan Hotel Chuon kami ke Shinsaibashi Station. Dari situ kami menukar train ke Nagahori Tsurumi-ryokuchi Line untuk ke Osaka Business Park Station. Osaka Castle Museum ini terletak lebih kurang 2 km dari Osaka Business Park Station. Perjalanan pergi dan balik ke Osaka Business Park ini kos menaiki subway train adalah 680 yen ( RM28 ).
Osaka Castle ( Istana Kota Osaka ) ,adalah istana yang terletak di dalam Taman Istana Osaka, daerah Chuo-ku, bandar Osaka, Jepun. Istana Osaka berada di hujung sebelah utara daerah Uemachi, di tanah yang paling tinggi dibandingkan dengan wilayah sekelilingnya.
Istana kota Osaka merupakan bangunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Jepun. Menara utama Istana Kota Osaka yang menjulang tinggi merupakan simbol Kota Osaka. Istana kota Osaka dimanfaatkan sebagai istana sekaligus kubu pertahanan sejak zaman Azuchi Momoyama hingga zaman Edo. Istana Kota Osaka yang ada kini terdiri daripada menara utama yang dilindungi oleh dua lapis tembok tinggi yang dikelilingi oleh dua lapis parit, parit bahagian dalam (Uchibori) dan parit bahagian luar (Sotobori). Air yang digunakan untuk mengairi parit istana diambil dari Sungai Yodo yang mengalir di sebelah utara Istana Osaka.
Pandangan dalam perjalanan menuju Istana Kota Osaka |
Istana Kota Osaka dari jarak jauh |
Kaunter Tiket untuk masuk ke Istana Kota Osaka |
Mesin Tiket Masuk Istana Kota Osaka |
Istana Kota Osaka |
Pandangan Dalam Perjalanan Ke Istana Kota Osaka |
Pandangan Dalam Perjalanan Ke Istana Kota Osaka |
Konichiwa Osaka
Sudah agak lama juga blog ini tidak dikemaskini . Keterbatasan waktu menyebabkan blog ini terbiar begitu saje. Ada tugas yang lebih penting yang memerlukan komitment yang lebih adalah antara sebab blog ini tidak dapat dikemaskini. Lebih-lebih lagi di penghujung tahun 2011 dan bermulanya tahun 2012, banyak perancangan kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Walau apapun, dalam kesibukan yang entah bila ada penamatnya, sempat juga aku bercuti di Osaka, Jepun.
Percutian selama 9 hari 8 malam ini memang telah dirancang dari bulan Ogos tahun lepas lagi. Waktu tu Airasia melancarkan destinasi baru. Aku mengambil kesempatan dengan promosi harga yang murah. Boleh dikatakan murahlah juga jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan yang lain.
Perjalanan bermula pada hari ini 11 Januari 2011, denagn pernerbangan AirAsia X pesawat D7 536, aku dengan beberapa orang rakan menaiki pesawat pada jam 2.00 petang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kansai International Airport mengambil masa selama 6 jam 25 minit. Perjalanan begitu lancar sekai. Tepat jam 9.25 malam waktu tempatan pesawat mendarat di Kansai International Airport, Osaka, Jepun. Cuaca amat sejuk maklum ajelah memang pun musim sejuk. Suhu pada waktu tu sekitar 5 darjah Celsius..
Urusan di kaunter immigration berjalan lancar. Amat mudah, mungkin mereka mempunyai system kemasukan warga asing yang efficient. Tiada apa-apa soalan yang ditanya. Selepas selesai pemeriksaan immigration. Kami berjalan menuju ke stesyen keretapi. Tanda arah disediakan dalam bahasa Jepun dan English jadi dengan mudahnya kami dapat mencari stesyen keretapi. Lagi pun aku memang dah buat sedikit research berkenaan dengan pengangkutan yang akan kami gunakan untuk ke tempat penginapan yang telah diempah.
Terdapat beberapa pilihan jenis keretapi yang hendak dinaiki. Kami memilih Nankai Line kerana harganya murah dan lebih mudah untuk ke tempat penginapan yang telah ditempah. Dengan harga 890 yen bersamaan dengan RM37 dan masa perjalanan selama 30 minit kami sampai di Station Shin-Imamiya. Keluar dari station, ambil laluan sebelah kanan dan berjalan kaki lebih kurang 500 meter, kami sampai di Hotel Chuo, Osaka.
Seperti perjalanan yang lepas-lepas, tempahan hotel dibuat melalui web site hostelplanet. Harga twin room ensuite ( bilik air di dalam) 2,700 yen seorang. Lebih kurang RM110. Biliknya agak luas dengan kemudahan TV, peti sejuk dan free wifi. Bilik airnya juga luas siap dengan bathtub lagi. Tempat tidurnya stail Jepun, tilam denagn selimut tebal dan juga dua biji bantal. Oklah aku rasa selesa. Di ruang loby disediakan flask air panas, water dispenser dan ruang dapur yang kecil jika ada yang berminat untuk memasak.
Bilik air dengan bathtub disediakan |
Sinki dan tandas duduk |
Sabun Mandi dan shampoo juga disediakan |
Semasa check-in, kami jumpa beberapa orang Malaysia yang juga baru nak daftar masuk. Hotel ini boleh dikatakan popularlah juga among Malaysians. Setakat ini dulu cerita aku untuk hari pertama, nanti aku update pengalaman perjalanan kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)