Followers

Saturday 23 July 2011

Laksa Pulau di Ujung Airport, Langkawi

Semasa dalam perjalanan menghantar salah seorang teman yang sama-sama menghadiri kursus Networking di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi  ke Lapanganterbang  pada hari Khamis 21 Julai 2011 yang lalu,  kami sempat singgah minum petang di sebuah gerai berhampiran dengan Lapangaterbang  Antarabangsa Langkawi. Gerai itu dinamakan Laksa Pulau dan terletak di Ujung Airport ( panggilan orang tempatan ). Kami sempat menikmati semangkok laksa dan juga segelas cendol. Memang sedap laksanya ( ikut selera akulah ) dan cendolnya  memang kow dengan lemak dan manisnya. Harga semangkok laksa dan segelas cendol adalah RM5 saje. Selain laksa dan cendol, gerai ini juga ada menjual pasembor. Menurut kata En. Zul pemandu kereta yang membawa kami ke situ, pasembornya juga sedap. Memandangkan perut pun dah kenyang, kami tak mampu nak merasanya. Kalau ada kesempatan berkunjung ke Langkawi lagi, insyallah kami akan ke situ lagi.

Laksa dan cendol di Ujung Airport, Langkawi

 
 


Gerai Laksa Pulau

Tetamu gerai  Laksa Pulau sedang menjamu selera
Pemandangan pantai berhampiran gerai Laksa Pulau

Wednesday 20 July 2011

Pasar Malam Pekan Kuah, Langkawi

Semalam, 20 Julai 2011 jam 6.30 petang selepas habis kelas Networking aku jalan-jalan kat pasar malam di Pekan Kuah, Langkawi. Saje nak tengok suasana pasar malam kat sini. Kalau di KL, jam 6.30 petang dah ramai orang kat pasar malam tapi kat sini agak lenggang. Mungkin masih awal lagi masa aku sampai kat situ. Walau apapun, pasar malam kat mana-mana sama aje. Barang-barang yang dijual di sini kebanyakannya makanan dan ada juga yang menjual pakaian, kasut dan beg2. Aku share sedikit info lokasi dan hari pasar malam di Langkawi

Isnin - Jalan Makam Mahsuri Lama (di Ulu Melaka)
 Selasa - Kedawang
 Rabu - Pekan Kuah
 Khamis - Bohor Tempoyak (di Pantai Chenang )
Jumaat - Padang Lalang (berhampiran Tanjung Rhu)
 Sabtu – Pekan Kuah
 Ahad - Padang Matsirat (1km dari Airport)


Di hadapan jalan masuk ke tapak pasar malam berhampiran jambatan batu

Di pasar malam Pekan Kuah


Jualan di pasar malam

Gerai-gerai di pasar malam

pandangan di pasar malam Pekan Kuah




Monday 18 July 2011

Langkawi Geopark dan Oriental Village sekali lagi

Assalamualaikum Pembaca Yang Budiman,
Sekali lagi aku berada di Langkawi. Dari semalam 17 Julai hingga ke 22 Julai 2011. Petang ini aku sempat sekali lagi ke Langkawi Geopark dan Oriental Village. Aku dah tahu kenapa caj 50% diberikan kepada pemegang MyKad.  Ini adalah kerana  sekitar jam 6 petang, kabus telah meliputi kawasan persekitaran gunung dan pemandangan di atas agak kelam. Aku paparkan gambar-gambar yang sempat dirakam pada sekitara jam 6.00  – 7.30 malam. Dalam perjalanan ke Langkawi Geopark, kami singgah sebentar di Awana Poto Malai untuk bergambar.
Penulis dan peserta kursus di Awana Poto Malai, Langkawi


Di Awana Poto Malai, Langkawi

Awana Poto Malai

Pandangan di Awana Poto Malai

Kaunter tiket Langkawi Geopark

Beratur untuk masuk ke kereta kabel












Sunday 10 July 2011

Hari Ketiga di Seoul, Korea (10 Julai 2011 )- Insadong Antique Street dan Gwangjang Market

Aktiviti  hari ini adalah ke Insadong Antique Street dan Gwangjang Market. Dari Station Myendong Seoul Metro kami ambil train ke Station Chungmuro ( Line 4 ) dan selepas itu transfer ke Line 3 dan turun di Anguk Station. Di Anguk Station ambil Exit 6 dan jalan terus lebih kurang 200 meter dan pergi ke kiri. Di situlah Insadong Antique Street. Di sini terdapat art galleries, traditional restaurant dan Traditional Tea House. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual kraftangan dan barang-barang antik Korea. Apabila membeli belah di sini  perlu berhati-hati kerana  terdapat juga kraftangan dari Negara China yang dijual di sini. Kami menghabiskan masa selama 1 jam di sini.

Kipas Tradisi Korea
Pandangan di Insadong Antique Street

Pandangan di Insadong Antique Street

Pandangan di Insadong Antique Street

Pandangan di Insadong Antique Street

Pandangan di Insadong Antique Street

Pandangan di Insadong Antique Street

Pandangan di Insadong Antique Street

 Dari Insadong Antique Street kami ke Gwangjang Market ( GM ). Pergi semula ke Anguk Station dan ambil Line 3 ke Jongno 3 ( sam )-ga, dari situ transfer line ke Line 1 dan ambil train ke Jongno 5 (0)-ga. Ambil Exit 6. KIra-kira 300 meter dari Exit 6, anda akan lihat pintu masuk North  Gate 2. Waktu operasi Gwangjang Market adalah dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan ditutup pada Hari Ahad.
GM adalah pasar tradisi dan di sini anda boleh membeli belah  kain-kain ela ( cut piece fabric ) yang dijual dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual kain langsir dan cadar. Kalau nak dibandingkan dengan pasar yang seumpama ini di Malaysia seperti pasar Siti Khadijah di Kota Bahru, Kelantan atau Pasar Payang di Kuala Terengganu dan lebih tepat lagi jika anda pernah ke Ho Chih Minh City  ianya seperti Ben Tanh Market tetapi dengan bilangan kedai yang berkali-kali ganda banyaknya. Anda boleh tersesat jika tidak berhati-hati kerana terdapat banyak lorong-lorong kedai di sini. Memandangkan hari ini adalah hari Ahad, tak banyak kedai yang dibuka. Walau bagaimanapun, penulis sempat juga membeli beberapa keping kain ela cotton.

Corak Kain Cotton Pilihan Penulis

Corak Kain Cotton Pilihan Penulis

Corak Kain Cotton Pilihan Penulis

Corak Kain Cotton Pilihan Penulis










Saturday 9 July 2011

Daftar Masuk Namsan Guest House 3, Myendong

8 Julai 2011, Jam 9.23 malam waktu tempatan, Air Asia X D2782 mendarat di Lapanganterbang Antarabangsa Incheon, 2 minit lebih awal daripada masa yang dijangkakan. Urusan imigresen berjalan lancar bagi aku tapi tidak bagi teman seperjalanan. Dia tersangkut. Dia dibawa ke bilik pemeriksaan. Aku menuju ke kaunter imigresen bertanyakan masalah sebenar tetapi diminta menunggu. Selepas menunggu kira-kira 10 minit, kawan ku keluar dengan wajah tersenyum. Dia kata mereka menahannya untuk pemeriksaan lanjut kerana wajahnya di passport tak sama dengan wajahnya ketika itu. Dia diminta menunjukkan kad pengenalan Malaysia dan cap jarinya diambil. Selepas mereka berpuashati dengan pemeriksaan tersebut mereka melepaskannya. Tak ada apa-apa cuma prosedur keselamatan.

Pemeriksaan kastam berjalan lancar dan mudah. Keluar dari bangunan terminal airport kami menuju ke Airport Station ( berpandukan tanda arah ) untuk mengambil train ke Myengdong. Kami ke kaunter tiket dan membeli tiket dengan harga 8,600KW. 7,600KW harga tiket dan 1,000KW  servis caj.  Perjalanan adalah dari Airport ke Hongik University Station dan dari situ kami perlu menukar train ( line 4 ) ke Dongdemun Culture Park Station dan kemudian menukar lagi train ( line 2 ) untuk ke Myendong. Apabila tiba di Myendong Station kami keluar mengambil laluan Exit 3 untuk ke Namsan Guest House 3. Keluar dari laluan Exit 3 ambil jalan ke kanan dari Pacific Hotel dan anda akan nampak Namsan Guest House 3. Memandangkan ketika keluar dari Exit 3 jam telahpun menunjukkan pukul  2.00 pagi dan hujan pula, untuk mudah mencari, kami meminta bantuan seorang lelaki yang kebetulan lalu dihadapan kami untuk menunjukkan arah. Walau bagaimanapun, dia sebaliknya membawa kami terus sampai ke pintu Namsan Guest House 3. Orang Korea adalah bangsa yang suka  menolong dan jika mereka menolong mereka akan tolong sampai selesai. 

Satu lagi pengalaman yang aku nak kongsi, semasa lelaki tadi membaca maklumat di kertas cetakan komputer yang aku bawa, seorang lelaki lain yang kebetulan lalu di situ menawarkan payongnya kepada kami. Tapi kamu menolak dengan mengucapkan terima kasih kerana hujan pun tidak begitu lebat hanya renyai-renyai aje.

Penyambut tetamu telah sedia menunggu kami kerana aku dah maklumkan kepadanya melalui emel waktu ketibaan kami. Selepas urusan daftar masuk, receptionist  menunjukkan kami kaedah untuk memasuki pintu bangunan hotel, ada kod keselamatan yang perlu ditekan di pintu masuk kerana tiada petugas 24 jam. Selepas itu ditunjukkan ruang dapur dan juga bilik membasuh pakaian. Selepas itu barulah kami di bawa ke bilik kami bernombor 411.

Ruang Dapur Namsan Guest House 3

Kemudahan komputer dengan capaian Internet disediakan

Penulis sedang menikmati sarapan pagi


Friday 8 July 2011

Kunjungan Kali Kedua Ke Seoul, Korea

8 Julai 2011 jam 1.55 petang waktu Malaysia, kapalterbang yang aku naiki berlepas ke Seoul, Korea. Perjalanan kali kedua bagi aku. Perjalanan yang pertama adalah pada tahun 2009. Kali ini menaiki penerbangan Air Asia X dengan tambang RM354. Tempahan hampir sembilan bulan  yang lalu menjadi kenyataan. Sebelum ini pada April yang lepas terpaksa membatalkan hasrat untuk ke Colombo walaupun tiket telah dibeli kerana kesibukan ( entah apa yang sibuk aku pun tak tahu.)

Penerbangan dijangka mengambil masa selama 6 jam 20 minit dan dijangka akan mendarat di Incheon International Airport pada jam 9.25 malam waktu tempatan. Semasa menulis entri ini kapalterbang baru 30 minit berlepas. Tempahan guest house telah dibuat semalam. Kali ini tempahan dibuat pada saat-saat akhir. Nasib baik masih ada lagi bilik berkembar ( twin sharing ) dengan harga 55,000 Korean Won ( KW ) lebih kurang RM160 untuk 2 orang. Kami akan menginap di Namsan Guest House yang  berhampiran dengan pusat membeli belah Myeongdong. Tak tahu macam manalah rupa bilik yang kami tempah itu.
Semasa menerima pengesahan tempahan melalui email aku telah diberitahu bahawa bilik air Namsan Guest House adalah kecil. Tak apalah lagi pun kami bukannya nak tidur dalam bilik air. Setakat nak mandi dan melepaskan hajat aje.

Setakat ini penerbangan lancar dengan sekali sekala terdapat gangguan cuaca yang tidak begitu baik. Oklah aku nak tidur dulu, semalaman tak berapa nak nyenyak tidur bukan sebab exited nak berjalan tapi takut terlewat bangun. Nanti aku update lagi pengalaman perjalanan di bumi Seoul, Korea.

Myendong di waktu pagi Sabtu

Monday 4 July 2011

Perjalanan Ke Pulau Pinang

Sejak semalam aku berada kat Tanjung Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang. Perjalanan kali ini merupakan atas urusan rasmi. Menghadiri Persidangan Perisian Sumber Terbuka 2011 yang diadakan pada 3 – 5 Julai 2011 di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi. Persidangan  ini merupakan yang ketiga diadakan dan pertama diadakan di luar Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah anjuran bersama Open Source Developers Club Malaysia dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju       ( AMDI ) atau Advanced Medical and Dental Institute, Universiti Sains Malaysia. Slogan persidangan 2011 adalah Innovating The Change. Sebelum ini pada tahun 2009 slogan persidangan adalah Open To Change dan dikuti dengan Making The Change pada tahun 2010.

Sumber Terbuka bukanlah satu konsep yang  asing kepada rakyat Malaysia. Ianya telah digunakan secara meluas di dalam industri, organisasi dan juga komuniti. Petikan definisi Sumber terbuka yang aku ambil dari Wikipedia. Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.


Persidangan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Dan pada sebelah malamnya pula diadakan community event di mana peserta persidangan boleh berinteraksi dengan pakar-pakar sumber terbuka dari luar negara. So program kali ini adalah padat jadi tak ada peluanglah aku nak berjalan-jalan. Kalau ada masa pun pada 6 Julai waktu perjalanan  ke airport. Mungkin akan singgah sebentar di Chowrasta Road kot2 lah nak beli jeruk buah.