Followers

Monday 9 May 2011

Perjalanan Ke Istanbul, Turki Melalui Kochi, India dan Dubai, UAE

Tidak di sangka mendapat rezeki menjejak kaki ke Negara Mustafa Kamal Attartuk. Perjalanan bermula pada  24 Feb 2011 sehingga 7 Mac 2011.

Persediaan Sebelum Perjalanan

  1. Tempah tiket penerbangan AirAsia www.airasia.com.my  ke Kochi, India
  2. Baca buku lonely planet mengenai Turki.
  3. Semak laman web Kementerian Luar Negara www.kln.gov.my  bagi mendapatkan maklumat mengenai keperluan visa bagi negara yang hendak dilawati
  4. Sebulan sebelum tarikh perjalanan tempah tiket Qatarairways secara online www.qatarairways.com ke Dubai, UAE. Tempahan dibuat awal untuk mendapat harga tiket promo.
  5.  2 minggu sebelum tarikh perjalanan tempah tiket ke Istanbul juga menggunakan Qatarairways.
  6. 3 hari sebelum perjalanan urus visa ke India ( Visa On Transit )
  7. 1 minggu sebelum perjalanan tempah hotel di Dubai melalui www.hostelplanet.com dan penginapan di Istanbul melalui www.istanbulhotels.com
  8. 2 hari sebelum perjalanan pack pakaian ke dalam beg dan beli keperluan seperti ubat-ubatan dan makanan. Tak payah bawa banyak sekadar keperluan semasa di Kochi sahaja. 

24 Feb. 2011


Perjalanan bermula dengan menaiki pesawat AirAsia. Bersama seorang kawan kami menaiki pesawat AA pada jam 3.15 petang. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kochi, India mengambil masa 4.30 jam.



25 Febuari 2010
Dubai, United Arab Emirates ( UAE )
Jam 2.00 petang, kapalterbang mendarat di Lapanganterbang Antarabangsa Dubai.  Bagi urusan kemasukan ke UAE visa tidak diperlukan bagi pemegang passport Malaysia bagi tempoh 30 hari. Urusan di kaunter imigresen tidak mengambil masa yang lama. Tiada sebarang soalan yang ditanya.

Pandangan di dalam Dubai International Airport


Pandangan di dalam Dubai International Airport




Penulis bersama teman seperjalanan

Pandangan di dalam Dubai Inetrnational Airport
 Selepas mengambil bagasi, kami keluar dari bangunan airport untuk mencari pengangkutan awam ke bandar. Dari Dubai  Airport kami mengambil Metro Train ke Deira City Center Station dengan tambang 4.5 AED ( RM4.00 ). Maklumat mengenai Dubai Metro boleh di dapati dari www.rta.ae/dubai_metro/english/home.html. Dari Deira City Center Station ke hotel kami menaiki teksi dengan tambang AED20 ( RM18 ). Hotel Pacific di Jalan Sabakha,  terletak berhadapan Station Bas Sabakha   menjadi tempat penginapan kami pada malam itu. Harga bilik untuk 2 orang yang kami tempah adalah  (RM245) semalam. Selepas check in kami keluar untuk survey kawasan . Terdapat banyak restoren di sekitar Jalan Sabakha  yang dikendalikan oleh orang India. Jalan Sabakha terletak di daerah Deira merupakan kawasan pusat membeli belah. Terdapat berbagai barangan yang dijual disini di antaranya bag, kasut,  barang-barang elektronik dan tekstil. 

26 Februari 2010
Seawal jam 7.00 pagi kami telah check-out dari hotel untuk ke Dubai International Airport untuk penerbangan ke Istanbul, Turki pada jam 11.35 pagi. Kami menaiki teksi dengan tambang 20 AED. Amat mudah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Kalau nasib anda baik, teksi telah sedia menunggu di hadapan hotel  jika tidak anda hanya perlu berjalan beberapa langkah untuk menahan teksi di tepi jalan.

Urusan daftar masuk penerbangan dan imigresen berjalan lancar. Tidak seperti di Kochi, India yang mengambil masa yang agak lama. Tepat jam 11.35 pagi kapalterbang berlepas. Penerbangan ini mengambil masa 1 jam dan tepat  pada jam yang sama cuma tempat yang berlainan kami selamat mendarat. Doha, Qatar destinasi kami sebelum ke Istanbul. Perbezaan waktu antara Dubai dan Doha adalah 1 jam.    Transit kali ini mengambil masa 2 jam 20 minit sebelum penerbangan  seterusnya pada jam 13.55 petang ke Istanbul.

Jam 5.35 petang kami selamat mendarat di Ataturk International Airport. Airport ini adalah lapanganterbang utama di Istanbul dan telah dibuka pada tahun 1924. Terletak di Yesilkoy dan jaraknya 24km dari pusat bandar. Maklumat lanjut anda boleh perolehi dari web site http://en.wikipedia.org/wiki/Ataturk_International_Airport. Urusan kemasukan ke Istanbul juga amat mudah. TIdak perlu mengisi Arrival Card dan urusan di kaunter pemeriksaan  imigresen juga berjalan lancar. Tiada soalan yang ditanya,. Bagi pemegang passport Malaysia, visa tidak diperlukan bagi tempoh 90 hari. 

Selepas selesai urusan imigresen, kami mengambil bagasi dan seterusnya mencari perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke Sultanahmet tempat  tinggal kami selama berada di Istanbul. Matawang Turki iaitu Turkish Lira ( TL ) tidak diperolehi di Malaysia, kami membawa matawang USD dan EURO. Terdapat beberapa kaunter pertukaran wang ( money changer ) di airport so sebelum mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam kami perlu menukar sedikit duit terlebih dahulu. Kadar pertukaran adalah RM2.20 bagi 1 TL.
Kami pada awalnya bercadang untuk menaiki teksi ke Sultanahmet. Memandangkan bayaran yang dikenakan adalah tinggi iaitu 70TL ( RM154 ) hingga sampai ke hotel, bagi menjimatkan belanja kami naik metro. Dari airport ke Zeytinburnu dan kemudian menukar metro ( laluan berbeza ) ke Sultanahmet.Tambang hanya 3.5TL  ( RM7.70 ) seorang.

Sewaktu tiba di Stesen Sultanahmet, hari telah gelap. Lebih kurang jam 7.00 malam. Cuaca pula sejuk ( 5 darjah celcius ). Di situ kami bertanya pegawai bertugas di stesen arah ke Meddusa Hotel. Memandangkan kemahiran berbahasa Inggerisnya amat terhad tanpa banyak bicara  , dia kemudiannya meminta seorang penjual teh di tepi jalan untuk menghantar kami ke Hotel Meddusa. Baru aje bergerak beberapa langkah, pemuda itu kemudiannya pula  meminta seorang pejalan kaki untuk menghantar kami ke hotel. Lelaki pertengahan usia itu pula menghantar kami ke sebuah hotel yang berhampiran ( Apple Hotel ) dengan stesen dan meminta petugas di situ untuk menelefon Hotel Meddusa untuk menjemput kami. Selepas menunggu lebih kurang 15 minit, seorang lelaki datang menjemput kami. Dalam bahasa Turki yang kami tidak fahami dia menyuruh kami mengikutnya. Tanpa ada rasa takut atau curiga kami mengikut lelaki itu berjalan kaki menuju ke Hotel Meddusa yang jaraknya 5 minit aje dari Hotel Apple. 

Apa yang saya nak kongsi dengan anda adalah masih ramai lagi orang baik di luar sana. Jangan ada rasa takut jika hendak mengembara secara sendiri. Istanbul adalah bandar selamat untuk dilawati dan orang-orangnya peramah dan bersedia membantu. Walaupun agak sukar untuk berjumpa dengan orang yang fasih berbahasa Inggeris tetapi bahasa bukan penghalangnya.



Saya post dulu gambar-gambar semasa di Istanbul untuk tatapan anda
















1 comment:

Anonymous said...

salam, tanye skit, awak peergi turki brape hari?? n cost keseluruhan brape ringgit?? cost flight dri kl smpai turki n balik mlysia balik brape ringgit?? tq