Followers

Sunday, 22 May 2011

Resipi Nasi Impit Soto

Masih ingat entri saya sebelum ini tentang lawatan ke Taman Herba Nasuha di Pagoh, Muar. Taman Herba Nasuha  melalui Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. juga mengeluarkan rempah ratus dengan jenama Mak Siti. Mengikut kata  En. Nasuha pemilik Taman Herba Nasuha, jenama Mak Siti menggunakan nama ibunya.

Masa lawatan tu, adalah saya beli beberapa paket rempah di antaranya  rempah sup soto. Cuti hujung minggu baru-baru ni, saya pun mencuba menyediakan hidangan nasi impit soto. Sup soto tu saya buat menggunakan rempah sup soto Mak Siti. Paket rempah sup soto yang saya beli tu beratnya 250 gm dengan harga RM4 sesuai untuk digunakan bagi 5 ekor ayam. Tapi untuk makan kami sekelurga seramai 7 orang, saya hanya guna 1 ekor ayam dengan 3 ½ sudu besar rempah tu. Di sini saya ingin berkongsi resipi nasi impit  soto yang saya telah sediakan.

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam – dipotong 4 atau ikut suka dan dibersihkan
10 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 inci halia tua
3 1/2 sudu besar rempah sup soto Mak Siti
1/2 cawan minyak masak
2 1/2 liter air
serbuk perasa ( secukup rasa )

Cara membuatnya:


1.         Rebus ayam yang telah dibersihkan hingga masak ( guna anggaran air sebanyak 1 liter )
2.        Apabila ayam telah masak, asingkan dari supnya dan biarakan sejuk. Lepas itu carik-carikkan isi ayam. Tulang-tulang ayam boleh dimasukkan semula ke dalam supnya
3.       Kisar bawang puti, halia dan bawang besar hingga halus. Campurkan bahan-bahan yang dikisar dengan rempah sup soto.
4.       Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan seperti di no. 3. Tumis hingga naik baunya.
5.        Masukkan air rebusan ayam dan tambah lagi lebih kurang  1 ½ liter dan biarkan mendidih. Apabila mendidih masukkan serbuk perasa.
6.        Sup soto ayam telah siap untuk dihidang.

Nasi impit boleh juga digantikan dengan bee hoon, mee kuning atau kueh teow ( jika suka )


Semasa menghidangkan nasi impit soto , boleh ditambah dengan hirisan tahu goreng, bawang goreng, telor rebus dan isi ayam yang telah dicarik-carik. Nasi Impit Soto sedap dimakan dengan sambalnya. Di sini saya tunjukkan bahan-bahan dan cara membuat sambalnya:

Bahan-bahannya:

20 biji cili padi
1 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi
2 sudu besar kicap pekat ( jika suka )



Cara membuatnya:

1.     Kisar cili padi bersama bawang putih
2.    Masukkan cili padi yang telah dikisar di dalam mangkok dan  air perahan limau kasturi dan kicap pekat
3.   Sambal anda siap untuk dimakan bersama-sama nasi impit soto.


Nota:  Rempah ratus jenama Mak Siti keluaran Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. boleh di dapati di pasaraya Giant, Tesco dan Carrefour di seluruh negara ( berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada jurujual di Taman Herba Nasuha ).


-Selamat Mencuba-

No comments: