Followers

Tuesday, 17 May 2011

Taman Herba Nasuha




 Salam Semua,
Aku nak cite pengalaman aku dan 16 orang ahli PUSPANITA LPP melawat ke Taman Herba Nasuha, di Pagoh, Muar, Johor pada 14 Mei 2011. Perjalanan kami bermula dari Jalan Raja Laut, KL depan Bangunan DBKL dengan menaiki bas persiaran. Bas mula bergerak jam 8.00 pagi setengah jam lewat dari jadual asal. Maklum ajelah rombongan Cik Kiah. Ada yang terlewat sampai. Perjalanan mengambil masa 2 jam  dengan sekali berhenti kat Hentian Nilai bagi sesiapa yang nak ke tandas.




Peserta sedang menikamti sarapan pagi dalam perjalanan


Bas mengambil laluan KL terus ke Tol Pagoh. Selepas keluar tol Pagoh, anda akan lihat ada simpang ke arah kiri ke Bandar Muar ( Bandar Maharani ) dan ke kanan ke Pagoh.  Ambil jalan ke kiri arah ke Bandar Maharani. Lebih kurang 10 minit perjalanan dari Tol Pagoh, anda akan sampai ke Taman Herba Nasuha milik Tn. Hj. Nasuha Kasian.

Tn. Hj. Nasuha sedang memberi takliimat berkenaan dengan Taman Herba Nasuha
Gora sejenis buah herba ditunjukkan kepada peserta lawatan

Tn. Hj. Nasuha sedang memberi penerangan mengenai sejenis herba
Sejenis lagi herba yang ditunjukkan kepada kami.
Taman seluas 1,500 hektar ini ditanam dengan 135 jenis herba dan rempah ratus dari dalam dan luar negara. Terdapat juga sebuah restoren di ladang ini yang menghidangkan masakan yang berasaskan rempah ratus dan herba. Selepas mendengar taklimat dari pemilik taman ini,  kami dihidangkan dengan makan tengahari. Menu pada tengahari ini adalah nasi beriani, rendang ayam, acar timun dan  sup herba dan satu lagi jenis acar dah lupa namanya.

Peserta lawatan menaiki tram untuk melawat Taman Herba Nasuha

Lepas makan tengahari, rombongan dibawa melawat taman dengan menaiki tram. Melawat pokok-pokok herba yang terdapat disini. Namanya susah nak sebut apa lagi nak ingat. Terdapat juga chalet-chalet di dalam taman ini yang di sewakan  dengan kadar di antara RM240 - RM600 semalam berdasarkan kepada jenisnya. Taman Herba Nasuha juga menawarkan perkhidmatan mengurut dan spa. Kadar bagi mengurut keseluruhan badan adalah sebanyak RM60, urut kaki sahaja RM30 dan  mandi wap dengan kadar RM40 bagi setengah jam. Sambil menunggu kawan-kawan yang berurut, kami berehat-rehat di restoren herbal  sambil menikmati air lycee kang sejuk  dengan harga RM4 semangkok. 

Peserta lawatan di dalam restoren


Untuk mendapatkan maklumat mengenai rempah ratus keluaran Mak Siti sila layari laman web http://www.maksiti.com

2 comments:

JijahJambu@Jj said...

macam best je .. nak g sini lahh ..

raturayau said...

memang best pun.