Followers

Sunday, 4 March 2012

Jin Tidak Berkepala

Petang tadi sekitar jam 6.00 petang sewaktu sedang sibuk membersihkan bahagian dapur rumah, kedengaran telefon bimbit berdering-dering. Telefon yang senyap sunyi seharian itu berdering dering minta diangkat. Tanpa berlengah aku melihat paparan nama sipemanggil. Norizan, sahabat  yang telah kukenali  hampir 30 tahun. Dihujung sana, kedengaran suaranya cemas, “Izati pengsan lagi”. Entah keberapa kali dia pengsan  dalam tempoh sebulan ini. Izati adalah anak bongsu sahabat ku ini.Izati berusia 12 tahun dan belajar disebuah sekolah tahfiz di kawasan Ampang berhampiran dengan rumahnya.

Kali pertama Izati pengsan, Norizan telah membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan, dan doktor mengesahkannya sihat. Tidak ada sebarang penyakit yang serius. Tapi selepas  beberapa kali pengsan, Norizan membawa Izati menjalani rawatan secara tradisional.

Sewaktu Norizan menelefon aku, dia meminta aku datang kerumahnya untuk menjaga Izati, sementara dia hendak keluar untuk menjemput seorang Ustaz bagi memberi ubat penawar  kepada Izati. Aku bertanya, “ dah berapa lama Izati pengsan”, katanya, “ 10 minit”. Aku rasa tak selesa  untuk menjaga Izati seorang diri dirumahnya. Aku sebaliknya menawarkan diri untuk menjemput Ustaz yang dikatakan itu. Kebetulan Ustaz tersebut sedang berjalan-jalan di Pusat membeli belah Eastern Great Mall bersama-sama anak dan cucunya.

Bersama-sama dua orang anak saudaraku, aku ke Great Eastern Mall untuk menjemput Ustaz tersebut dan membawanya ke rumah Norizan. Sesampai di rumah Norizan, aku lihat ramai juga jiran tetangganya yang melawat Izati, pada waktu itu, Izati dah pun sedar. Apabila kami sampai, beransur-ansur, jiran-jirannya beredar. Semasa dalam perjalanan ke rumah Norizan, Ustaz itu bercerita yang Izati didampingi oleh Jin. Jin itu tidak berkepala dan dia ingin bersahabat dengan Izati, itulah yang menyebabkan izati pengsan sebab dia takut. 

Selepas solat Maghrib, Ustaz pun mula mengubati Izati. Izati apabila ditanya soalan hanya mendiamkan diri saje tidak seperti kebiasaannya apabila aku berkesempatan berjumpa dengannya bersama-sama Ibunya.  Selepas beberapa minit Ustaz berubat dengan bacaan yang tidak aku dengari, Izati mula menunjukkan tindak balas, dia menjerit dan lari masuk ke bawah katil di dalam salah sebuah bilik di apartment ibunya. Ustaz itu meminta Izati keluar dari bawah katil tersebut tetapi dia enggan. Dengan menggunakan sebiji telor, Ustaz itu meneruskan bacaannya dan dengan aksi seperti sedang menangkap sesuatu dan memasukkannya ke dalam telur itu. Agak lama juga aksinya itu, mungkin agak sukar untuk menangkap jin tersebut. Kemudian, Ustaz meminta salah seorang anak buahku memegang telur itu, dan meneruskan aksi menangkapnya. Sementara ustaz meneruskan bacaannya, Izati dilihat keluar dari bawa katil dan duduk di atas salah sebuah kerusi d ruang tamu apartment itu. Keadaannya agak terkawal. Dia mula bercakap. Mungkin Ustaz itu telah berjaya menangkap jin tersebut dan dikurungnya di dalam telor itu. Kemudian Ustaz itu memesan supaya telor itu dibuang ke dalam sungai atau longkang dalam perjalanan aku balik. 

Dalam perjalanan balik, anak buahku yang berusia 20 tahun itu memberitahu aku, katanya, Izati tu sunyi dan dia tidak ada kawan. Sebab itu benda-benda ghaib cuba untuk berdampingan dengan dia. Aku akui, Izati memang kerap ditinggalkan sendirian di rumah. Selepas habis sekolah lebih kurang jam 4.00 petang, dia akan balik rumah dan menunggu ibunya balik dari pejabat sekitar jam 7.00 malam. Anak buahku kata tapak apartment itu dibina adalah bekas lombong yang telah ditimbus untuk tujuan pembangunan projek perumahan. Jadi katanya lagi benda-benda ghaib banyak bekeliaran di situ.

Di bawah ini ada info mengenai jin yang aku dapat dari bacaanku.

Jin adalah makhluk yang ghaib. Namun istilah jin (djin atau genie) sebagai makhluk paling jelas dinyatakan dalam Al-Qur'an. Malah Surah 72 (ada 28 Ayat) dinamakan Surah Jin. Dalam masyarakat, lebih ramai orang memanggil makhluk ini sebagai hantu dengan segala macam jenis dan bangsanya. Percaya pada kewujudan jin itu wajib bagi orang Islam tapi percaya bahawa jin itu berkuasa  adalah perbuatan yang menyalahi akidah lagi kufur. Ramailah orang yang telah tergelincir akidahnya hingga ke peringkat mempertuhankan para jin.


Jin adalah makhluk yang dijadikan sebelum Adam a.s. Dalam kitab lama, jin pertama dikatakan bernama Jan. Ia dijadikan dari lidah api yang sangat panas. 'Azazil adalah nama sebenar kepada Iblis, iaitu raja segala syaitan-syaitan. Iblis adalah gelaran kepada 'Azazil. Iblis atau 'Azazil dan syaitan-syaitan itu semuanya adalah dari bangsa jin.

Jan dijadikan dari lidah api, tapi keturunannya iaitu semua jin lain termasuk 'Azazil itu dilahirkan hasil perkahwinan antara jin lelaki dan jin perempuan. Adam a.s. ditempa dari tanah, tapi anak-cucu Adam dilahirkan hasil perkahwinan juga.

Bezanya ialah 'Azazil (yang bertanggungjawab menghasut Adam a.s. dan Siti Hawa hingga terusir dari Syurga 'Adn) itu tidak mati hinggalah hari kiamat sementara syaitan-syaitan pula (semua bangsa jin yang bukan beragama Islam) itu umur mereka panjang-panjang. Setakat 3,000 tahun itu biasa bagi umur satu jin.

Dalam kitab lama ada dicatat bahawa sebelum Adam a.s. menjadi khalifah di bumi, planet bumi ini telah ditadbir oleh para jin. Mereka ini dikatakan telah melakukan banyak kejahatan dan kerosakan di muka bumi. Adam dijadikan untuk menggantikan jin sebagai khalifah di bumi, bukan 'Azazil (yang pada ketika itu dianggap antara makhluk yang amat kuat beribadah). Ini mungkin antara sebab mengapa Iblis dendam kepada Adam. Wallahua'lam.

Jin tidak mampu dilihat oleh manusia sama ada bentuk dirinya ataupun bayangnya (melainkan sebilangan kecil manusia yang dikurniakan kelebihan boleh nampak jin). Bilangan jin terlalu ramai dan jauh lebih ramai berbanding manusia. Ada kitab menyatakan bahawa nisbah jin ialah 9 jin berbanding 1 manusia. Jin boleh tinggal di mana-mana saja sama ada di atas atau di bawah tanah, di atas atau di bawah air, di udara malah di atas awan. Jin juga boleh menyerupai bentuk-bentuk yang ia mahu serta boleh keluar masuk dengan mudah dari mana-mana tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.

2 comments:

Azlina bt. Azis said...

seramnya kak...

Rohaya Hussin said...

Kita tak nampak mahkluk tu, jadi tak lah seram. Kalau nampak, mungkin pengsan juga