Berlepas ke Vientiane Ibu Negeri Laos dengan pesawat AirAsia AK1412 jam 7.35 pagi. Tiba di Vientiane jam 9.10 pagi waktu tempatan. Waktu Laos satu jam lewat dari waktu Malaysia.Selepas selesai urusan imigresen dan kastam, kami ke kaunter money changer untuk menukar matawang USD ke matawang Laos kip. Pertukaran matawang Laos boleh aje di buat apabila sampai di pusat bandar Vientiane. Kadarnya lebih kurang sama aje seperti yang kami perolehi di Watty International Airport. Kami hanya tukar jumlah yang kecil aje. Matawang Laos ( kip ) tidak sah diniagakan di luar daripada Laos. Jadi kalau ada lebihan sebelum pulang ke tanahair, lebih baik ditukarkan semula ke matawang USD.
Selepas selesai urusan pertukaran matawang, kami ke kaunter teksi untuk mebeli kupon. Tambang teksi dari airport ke pusat bandar adalah 7 USD atau 57,000 kip. Kalau nak dapatkan perkhidmatan tuk tuk pun ada cuma perlu keluar dari bangunan airport untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Penginapan kami pada hari pertama di Laos. Kos penginapan USD40 untuk 3 orang. Family room dengan 3 katil single. Hotel ini tak ada lif jadi terpaksalah kami panjat tangga ke tingkat 4. Harga bilik beserta sarapan pagi.
Pengangkutan utama kami semasa di Laos. Tuk-tuk. Tuk-tuk sentiasa aje ada di hadapan hotel. Tambang bergantung kepada jarak. Tapi kenalah pandai bargain. Dia orang letak harga ikut suka aje. Lepas check in hotel, kami ambil tuk-tuk ke Thalat Sao, shopping kompleks terbesar di Vientiane. Tambang 30,000kip. Matawang Laos dikenali sebagai kip. Kadar pertukaran 1USD = 4,000 kip
Selain Thalat Sao, kalau nak shopping boleh ke Morning Market. Terletak bersebelahan dengan Thalat Sao.
Morning Market ini lebih kurang macam Pasar Chow Kit Road di Kuala Lumpur. Bangunan 2 tingkat, tingkat bawah ada dijual barangan keperluan dapur, household products, barang-barang elektrik, makanan siap masak, makanan kering, makanan basah, jualan kain tenunan Laos dan macam-macam ada. Macam ASTRO lah pulak. Di tingkat atas terdapat kedai-kedai emas dan batu permata.
Makanan halal mudah didapati di Vientiane. Kami kerap mengunjungi Fatima Restaurant sepanjang tempoh kami berada di sini. Makanan Malaysia, India dan Laos disediakan dengan harga yang berpatutan dan rasanya pun sedap. Terdapat restoren makanan halal yang lain juga seperti Nazim Restoren dan Noor Din Restoren.
Thosai antara menu yang disediakan di Fatima Restaurant. Sedap...Harga sekeping 10,000 kip lebih kurang RM4
Kawan aku pilih Thosai Telur yang dimakan dengan kari dhal dan chutney kelapa. Harganya 15,000 kip
Yang ditengah tu, menantu tokeh kedai. Fatima adalah ibu mertua wanita ini. Wanita Laos yang berkahwin dengan lelaki India Muslim.
Disebelah malam, kami jalan-jalan di pasar malam yang terletak di Mekong River Front. Naik tuk-tuk dari hotel 20,000 kip untuk 3 orang. Kalau larat boleh aje jalan kaki, tak jauh pun dari tempat penginapan kami. Macam-macam ada dijual di sini sebagaimana lazimnya pasar malam di mana-mana pun. Cabarannya di sini adalah bahasa. Guna bahasa isyarat aje ( sign languange ). Kalau susah-susah sangat cakap aje Melayu. Kalau cakap Inggeris pun bukannya mereka faham. So jadi macam cakap ayam dengan itiklah.
Cenderahati dari Laos untuk rakan-rakan dan saudara mara di Malaysia.T-shirt 100% cotton buatan Laos.
Pasar malam di sini bersih dan barang-barang yang tidak digunakan disusun kemas.
4 comments:
Kami pun makan di sana,tapi ke Nazim...juga nak pekena nescafe tariknya yang sedap.
Kalau berkesempatan lagi ke Laos,nak juga merasa nescafe tarik Nazim Restaurant
susah nk communicate ms nk beli barang so mmg pkai bahasa isyarat jela..tunjuk pastu angguk2...haha..klakar
assalam, fatima restaurant ni berdekatan dgn jalan atau hotel mana ya? sy bercadang pegi vientiane n stay di phonethip plaza hotel.. risau ttg makanan halal di sna ��✌��️
Post a Comment