Followers

Sunday 30 September 2012

Pusat Barang Terpakai Kampung Orang Kuala, Rengit, Batu Pahat, Johor

28 September 2012


Jam 4.00 petang selepas selesai menjalankan tugas di salah sebuah cawangan pejabat aku di sekitar Pekan Rengit, aku dan team yang lain berkesempatan mengunjungi Pusat Barang-barang Terpakai di Kampung Orang Kuala di Rengit, Batu Pahat Johor. Tempat ini berdekatan dengan pasar basah Rengit. Barang-barang terpakai ini diimpot dari Singapura. Kau orang boleh dapat pelbagai barangan dari barang-barang elektrik, permainan kanak-kanak sehinggalah set perabot jati. Teman yang membawa kami ronda-ronda kat kawasan ini memberitahu dia membeli sebuah alat sukan ( basikal ) dengan harga hanya RM60 sahaja. Dia dah beli alat tu tahun lepas dan masih lagi elok digunakan sehingga hari ini. Salah seorang team member kami sempat beli sebuah vaccum cleaner kereta dengan harga RM50.


Peniaga-peniaga di Pusat Barang Terpakai ini terdiri daripada orang-orang asli yang beragama Islam. Orang Kuala dipercayai berasal dari Pulau Bengkalis di Wilayah Riau, Sumatera, Indonesia. Suatu ketika dahulu, mereka adalah sebahagian dari kaum Orang Laut yang tinggal di dalam sampan panjang serta hidup secara nomad di permukaan laut, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai.

Kini mereka sudah tinggal di kawasan darat Semenanjung Malaysia serta memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri. Meskipun Orang Kuala pada asalnya adalah sebahagian dari kaum Orang Laut, namun kini kerajaan Malaysia telah mengkategorikan suku mereka sebagai sebahagian dari kaum Orang Asli. Salah satu dari aktiviti ekonomi sara diri Orang Kuala ialah menangkap ikan. Namun demikian, ada di kalangan mereka yang telah berjaya dalam bidang perniagaan, pertanian serta bidang-bidang profesional yang lain.



















6 comments:

hunny said...

barang2 kat sana ok la murah tp kena pandai pilih la..siap bleh nego lg tue..haha

acik jon said...

as salam ziarah
tontoni lah dan langgani lah saluran you tube acik jon
taceh
http://www.youtube.com/watch?v=UxO2aJyKDZ4

Anonymous said...

sebenarnya mereka tidak berapa gemar perkataan "Kuala @ Asli" mereka lebih suka dipanggil Kaum Bumiputera

Anonymous said...

Assalamualaikum, Saya anak jati Rengit. Lahir dan membesar di Daerah Kecil Rengit. Bersekolah di SMRK & STSS tapi mula tinggalkan Rengit sejak usia 17 tahun kerana belajar di bandar lain. Saya tak berapa biasa dengan kedai baragan terpakai kerana saya jarang balik kampung (kesian saya). Tapi kekawan sering tanya pasal kedai2 tersebut. Saya jawab, awak pergilah sendiri dan saksikan kedai2 tersebut ... pastu borong banyak2 ye. Kalau rasa lapar pergilah ke Azhar Food untuk beli dan bawa balik jajan. Rengit sentiasa di hatiku .....

Googlegirl said...

Sy dh pergi tempat ni.. ok la.. pastu singgah azhar food.. terbaik

Unknown said...

Boleh saya tahu kampung aje yg berdekatan dengan kampung orang asli ini?