Followers

Sunday, 17 June 2012

Keindahan Alam Semulajadi Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum semua,

Minggu lepas aku berkesempatan pergi ke Janda Baik, Pahang. Bukan pergi makan angin, tapi berkursus. Ingat tak sebelum ini aku ada cerita pasal kursus kaunseling tahap 1 yang aku attend di Hotel Seri Malaysia Sepang dalam bulan Mac yang lalu. Kali ini kursus tahap 2 dia orang buat kat Janda Baik, Pahang. Aku sempat merakamkan keindahan alam semulajadi kat sana. Gambar-gambar ini sempat aku ambil semasa dalam perjalanan balik menurun gunung

Info mengenai Janda Baik

Dibuka secara rasmi pada 1932

Terletak kira-kira 36 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Bentong, Pahang

Kedudukan kawasan di Banjaran Titiwangsa pada ketinggian 600 hingga 800 meter dari paras laut

Suhu mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam
)
Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun

Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin, Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai


Menjadi tempat pertemuan empat aliran sungai utama iaitu Sungai Benus, Sungai Cheringin, Sungai Sum Sum dan Sungai Chemparoh
peta lokasi Janda Baik, Pahang













































No comments: