Kau orang mesti fikir apa aku nak merepekkan ni.Tajuk perumpamaan melayu. Aku nak cerita pasal hari kedua aku di Seoul. Seawal jam 8.30 pagi aku dengan kawan aku, dah keluar dari tempat penginapan kami di Namsan 2 menuju ke Myeongdong. Sebuah pusat membeli belah yang ternama di Seoul. Dari Namsan 2 jalan kaki ke subway station , masuk ikut Exit 4 dan keluar ikut exit 7, dah sampai ke Myeongdong. Program kami pagi ini adalah shopping alat-alat kosmetik. Myeongdong terkenal sebagai pusat membeli belah alat-alat kosmetik.
Sekitar jam 12.00 tengahari selepas mendapat apa yang dihajati kami berjalan kaki menuju ke Hoehyeon Station Exit 4, landmark bagi ke Seoulbackpackers, guesthouse yang bakal kami menginap bagi malam-malam seterusnya di Seoul. Setelah berjalan kaki hampir setengah jam, guesthouse yang dicari tak juga jumpa-jumpa. Kaki rasa macam nak tercabut. Aku mengambil keputusan berhenti rehat sebentar di tepi jalan berhampiran Hotel Rex dan sederetan kedai yang tutup. Manakala rakanku mengambil keputusan untuk terus berjalan sehingga ke atas bukit yang kami daki.
Semasa berhenti rehat itu, tiba-tiba meluncur sebuah kenderaan dengan lajunya dan dengan secara tidak sengaja terlanggar cermin tepi sebuah limousin yang dipakir ditepi jalan berhadapan dengan tempat aku menunggu. Dengan serta merta pemandu limousin itu keluar dari keretanya dan memeriksa limousin itu dan nampaklah dia cermin tepi limousin itu telah bertukar arah dan salutan aluminiumnya tertanggal. Dia kemudiannya tercari-cari pemilik limousin itu. Setelah berjalan mundar mandir, dia ternampak seorang lelaki yang keluar dari arah hotel itu dan bertanya kepada lelaki itu siapa pemilik limousin tersebut ( aku agak saje maksud perbualan mereka sebab mereka berbual dalam bahasa Korea. Manalah aku faham). Lelaki itu kemudiannya memanggil kawannya ( pemilik limousin berkenaan ). Selepas mereka bersama-sama memeriksa limousin itu dan pemilinya menyakinkan kepada lelaki yang melanggar limousinnya bahawa limousinnya tidak mengalami apa-apa kerosakan barulah lelaki itu beredar.
Selepas itu kedua-dua lelaki itu menghampiriku, dan bertanya jika aku memerlukan apa-apa bantuan. Aku beritahu salah seorang daripada mereka, yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr. Park, yang aku hendak ke Seoulbackpacker Guesthouse sambil menunjukkan peta lokasi dan alamat guesthouse itu. Mr. Park memberitahu bahawa guesthouse itu tidak jauh dari situ dan menerangkan bagaimana hendak ke sana. Sambil itu dia bertanyakan bila kami akan balik ke Kuala Lumpur ( sebelum itu tentulah dia tanya dulu kami dari mana kan? ) Dia menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke Lapanganaterbang Antarabangsa Incheon dengan tambang 60,000 won ( RM180 ). Aku bagi tahu Mr. Park kami akan hubungi dia semula jika kami memerlukan perkhidmatan limousinnya).
Memandangkan kaki aku macam dah tak larat nak melangkah lagi, aku bertanya jika dia boleh menghantar kami ke Seoulbackpacker dan berapa tambangnya. . Dia kata percuma jadi dia pun tolong hantar kami hingga sampai ke guesthouse itu. Sebelum turun dari limousin itu, aku kata padanya kami setuju untuk menggunakan perkhidmatan limousinnya untuk ke Lapanganterbang.
Sehari sebelum berangkat untuk pulang ke Malaysia, kami meminta bantuan receptionist Guesthouse untuk mengingatkan Mr.Park akan janji untuk dia mengambil kami pada jam 6.00 pagi keesokkan harinya memandangkan penerbangan kami ke Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi. Sebalikmya receptionist itu dimarahi oleh Mr.Park kerana katanya dia tahu dan perckapan seterusnya tidak dimaklumkan kepada aku. Dari dari situ aku dapat mengagak bahawa orang Korea ini amat berpegang teguh kepada janji dan tidak perlu diingatkan lagi.
Esoknya jam 5.45 pagi Mr.Park sudah sampai di Seoulbackpacker untuk membawa kami ke Lapanganterbang Incheon. Sebaik tiba destinasi dia memunggah beg-beg kami keluar dari boonet limousin dan bagaikan seorang saudara dia bersalaman dengan kami sambil mengucapkan selamat jalan.