Followers

Friday 20 April 2012

Dari Cermin Hadapan

Gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru yang aku ambil pada 17 April 2012 untukn tatapan anda









Friday 13 April 2012

Pasar Malam Sekitar Bandar Melaka

Minggu depan aku akan ke Melaka atas urusan kerja. Kalau berkesempatan nak pi pasar malam kat sana. Insyallah, aku update aktiviti aku semasa di sana. Aku share maklumat lokasi pasar malam di sekitar Bandar Melaka.

HARI 
LOKASI
ISNIN
  • Pantai Jaring, Tanjung Kling
  • Tanjung Kling
  • Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang
  • Kampung Musai, Bukit Baru
SELASA
  • Kampung Lapan, Bachang
  • Taman Sinn, Ujung Pasir
  • Kampung Gelam
  • Taman Seri Duyong
  • Padang Temu
RABU
  • Taman Kerjasama, Bukit Beruang
  • Batu 13, Sungai Udang
  • Taman Peringgit Jaya
  • KM12, Pernu
  • Semabok
  • Bukit Katil
KHAMIS
  • Air Molek
  • Taman Melaka Baru, Batu Berendam
  • Tampoi, Kerubong
  • Taman Harta Pertama, Jalan Depoh
  • Pantai Kundor
  • Taman Peruna, Sungai Udang
JUMAAT
  • Taman Malim Jaya
  • Taman Bukit Serindit
  • Taman Desa Baru, Batu Berendam
  • Taman Merdeka
  • Sungai Udang Jaya
SABTU
  • Taman Kota Laksamana
  • Tamn MGBM, Bachang
  • Batu 12, Sungai Udang
  • Taman Bukit Katil
  • Paya Ikan, Bukit Baru
  • Kampung Tanah Merah Jaya
AHAD
  • Kandang
  • Batu Berendam
  • Bandar Hilir
  • Air Keroh Height
  • Rumah Awam Paya Rumput

Thursday 12 April 2012

Expo Bulan April 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC )

Assalamualaikum,

Dah lama tak masukkan program expo di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam blog ini. Bulan April ini ada  Pesta Buku pada 27 April - 6 Mei. Jangan lupa bawa keluarga, saudara mara dan rakan-rakan ke Pesta Buku kali ini. Book tarikh ini dalam diari anda.

Perfect Living 2012
Date : 5th-8th Apr 2012
Venue : Tun Razak Hall 1, 2, 3, Pelantaran Putra, Tun Hussein Onn Hall, Tun Dr Ismail Hall Organiser : CNM Event Marketing Sdn Bhd
Contact Person : Mr Terry Wong
Tel : 603 8075 7375
Website : www.perfectlivin.com    

Festival Pengantin Malaysia
Date : 6th-8th Apr 2012 Venue : Tun Razak Hall 4
Organiser : DiRich Vision Sdn Bhd
Contact Person : Cik Nor Shalina
Tel : 603 8062 7800    

The 13th Defence Services Asia 2012
 Date : 16th-19th Apr 2012 Venue : All Venues
Organiser : DSA Exhibition & Conference Sdn Bhd
Contact Person : Ms Anita Jacobson Tel : 603 4041 0311    

Pesta Buku Antarabangsa 2012 Ke 31
Date : 27th Apr - 6th May 2012
Venue : Tun Razak Hall 3, Tun Razak Hall 4, Legar Putra, Tun Hussein Onn Hall, Tun Dr Ismail Hall Organiser : ES
Exhibition Services Sdn Bhd
Contact Person : Mr Peter Chong Tel : 603 9130 2186
website:http://www.kualalumpurbookfair.my 

10 jenis pekerja

 Assalamualaikum pembaca yang budiman,

Aku nak kongsi ilmu yang aku dapat dari sahabat program kauseling yang aku berkesempatan hadir hujung bulan lepas. Anda baca dan anda nilai diri sendiri. Anda tergolong dalam kategori yang mana.

1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.

2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.

3. Silat Pulut

Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.

4. Samurai dan Cowboy

Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.

5. Kungfu Bruce Lee

Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.

6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.

7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan

Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.

9. Street Fighter

Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.

10. WWE Wrestling

Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.