2 Oktober 2012
Selepas selesai tugas di Changlun, kami mengambil kesempatan melawat Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuh Raya
Utara-Selatan (PLUS). Kat sinilah letaknya pintu masuk ke negara Thailand.
Beberapa buah kompleks perniagaan jualan murah dan bebas cukai
didirikan di sini.. Perjalanan dari tempat tugasan kami di Changlun ke kompleks ini mengambil masa lebih kurang 20 minit saje. Sebelum sampai ke Kompleks ini kami singgah dulu untuk makan tengahari.
|
Kami singgah di Restoren Redza, Bukit Kayu Hitam untuk makan tengahari |
|
|
|
|
|
|
|
Antara menu makan tengahari kami, kerabu mangga dan ulam timun serta sambal belacan |
|
Tomyam Campur dan Ketam Goreng Bercili |
|
Ikan Siakap Kukus |
|
Telor Dadar dan Sayur Kangkong Goreng |
|
Sedang menjamu selera. Masakan di sini sedap, tapi harganya aku tak tahu sebab tuan rumah yang bayar. |
|
|
|
|
Selesai makan, kami di bawa ke Kompleks Bukit Kayu Hitam. Sebelum sampai ke Kompleks ini, kami perlu melalui Kompleks kastam dan imigresen dulu.
|
Kau orang kalau nak shopping blouse, seluar, kain labuh, pakaian kanak-kanak dan pelbagai jenis pakaian ada kat sini. Murah tapi kena pandai tawar menawar. |
|
Tuan rumah pejabat yang aku lawati |
|
Ada banyak kedai yang menjual pakaian siap, kasut pun ada. Pilih aje yang mana suka |
|
Aku beli beberapa helai skirt labuh kat kedai ini. Memang murah jika dibandingkan dengan kedai siam kat Carrefour Ampang yang aku biasa beli. Kat sini skirt labuh jenis kain lycra boleh dapat dengan harga RM18 aje. Harga biasa aku beli RM25. |
|
Kawan aku sedang membelek belek skirt labuh. Kat sini banyak pilihan. Boleh rambang mata dibuatnya |