Followers

Tuesday, 24 July 2012

Fadhilat Bersahur


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya:
Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh). Baginda pun menjawab: sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat.

                                                         Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian :

1. Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.

2. Jarak yang paling afdhal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat al-Quran.

3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah dengan makan sahur.

                                                  

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, 

Rasulullah saw. bersabda: “Makan sahurlah kamu sekalian, sebab dalam makan sahur itu ada berkahnya.” (Mutaffaq’alaih)


Hadis Abu Sa’id:

Artinya: Maka janganlah kamu tinggalkan sahur itu, dan seandainya seseorang diantara kamu meneguk (meminum) seteguk air, maka sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya mendoakan atau mengasihani orang-orang yang sahur itu.

No comments: