Aku tulis apa saje yang terlintas di fikiran. Samada pengalaman perjalanan ke tempat-tempat yang pernah aku lawati, aktiviti harianku, maklumat yang aku dapat dari bacaan atau apa-apa saje.
Followers
Sunday, 30 September 2012
The Zone Regency By The Sea, Johor Bahru, Johor
26 September 2012
Hari ini aku akan ke Johor Bahru. Ada urusan kerja di Johor Bahru pada 26 September 2012 dan seterusnya akan ke Batu Pahat sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 28 September 2012. Sebelum memulakan tugas, aku berjumpa dulu dengan Pengarah pejabat yang aku lawati. Biasalah masuk rumah orang kenalah beri salam dan jumpa dulu tuan rumah. Sebelum beredar dia bertanya di mana kami akan menginap pada malam ini. So aku cakap, kami belum tempah mana-mana hotel lagi untuk malam ini. Cadangnya nak walk-in aje. Bukan pun cuti sekolah atau cuti umum atau ada apa-apa occasion kat Johor Bahru masa ni. Jadi kami fikir mudah untuk mendapatkan bilik di mana-mana hotel sekitar Johor Bahru.
Sebaliknya dia mencadangkan kami menginap di The Zone Regency By The Sea yang terletak di Stulang Laut. Katanya ada kompleks membeli belah bebas cukai so bolehlah kami membeli belah kat situ. Lagi pun katanya berhampiran dengan hotel terdapat banyak gerai untuk kami mendapatkan makanan. Dia kemudiannya mengarahkan Pembantu Peribadinya untuk membuat tempahan bilik di hotel itu. So malam tu kami bermalam di The Zone Regency By The Sea lah nampakmya. Harga bilik RM165 bagi bilik standard dengan sarapan pagi. Kau orang mesti fikir aku ni taksub dengan Hotel Regency kan. Sebab minggu sebelumnya kami menginap di The Regency Hotel Seri Warisan di Taiping, Perak. Sekadar menghormati tuan rumah, kami setuju aje dengan cadangan Pengarah itu.

Kami perkena otak-otak sebelum check in bilik di hotel |
Tak sah ke Johor kalau nak merasai otak otak |
Makan petang cum makan malam, bee hoon soup ala Thai |
Subscribe to:
Posts (Atom)