Followers

Monday, 27 June 2011

Beras Terbakar di Pulau Langkawi

Dihadapan Pintu Masuk Ke Beras Terbakar

Salah seorang rakan yang bersama-sama dengan aku pada trip kali ini tak pernah pun mengunjungi Beras Terbakar walaupun katanya dah beberapa kali juga dia datang ke Langkawi. Jadi kami pun berpakat untuk merealisasikan hajatnya itu. Pada petang Rabu 22 Jun 2011 kami berenam pun pergilah ke Beras Terbakar.

Menurut ceritanya Beras Terbakar ini adalah merupakan satu cerita sejarah Pulau Langkawi yang termasyhur. Tempat yang dikatakan beras terbakar itu ialah di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam tanah lebih tiga kaki. Apabila hujan lebat beras itu timbul.

Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam. Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh. Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar. Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.

Semasa sampai kat kawasan Beras Terbakar, hujan mula  turun renyai-renyai. Sebelum sampai kat perkarangan Beras Terbakar, anda akan tempuhi dulu deretan kedai-kedai yang menjual cenderahati seperti kain batik, kain pelikat, t-shirt, kaftan, makanan-makanan tempatan dan pelbagai barangan cenderahati yang lain. 
Pandangan Gerai-Gerai Menuju Ke Beras Terbakar

 Memandangkan hujan pun makin lebat, kami mengambil keputusan untuk melihat-lihat dulu cenderahati yang dijual disitu mungkin ada yang berkenan untuk dibawa pulang. Masa kami sampai dah jam 6 petang. Kedai-kedai akan ditutup pada jam 7 malam. Jadi kami cuma ada 1 jam aje untuk melawat Beras Terbakar dan membeli belah. 

Penulis sedang membeli ikan bilis
Dalam waktu sesingkat itu pun aku sempat juga membeli 2 helai kain pelikat, 3 helai kain batik, 2 paket ikan bilis Langkawi dan 2 helai baju kaftan. 
Rakan-rakan penulis sedang memilih kain batik
Apabila selesai membeli, hujan masih juga belum berhenti, memandangkan hari pun hampir gelap,  kami batalkan aje hasrat untuk melawat Beras Terbakar. Hajat rakan kami masih juga tak kesampaian. Insyallah di lain kali kalau ada kesempatan untuk berkunjung ke Langkawi kami akan datang lagi ke sini.

Tuesday, 21 June 2011

Institut Pengurusan Peladang, Langkawi

Assalamualaikum semua,

Pandangan di lobi Institut Pengurusan Peladang, Langkawi

Sepanjang tempoh berada di Langkawi dari 20 – 24 hb Jun  aku menginap kat Institut Pengurusan Peladang ( IPP ). Ada sesuatu yang baru kat IPP ni. Nak tahu apa? Ada WiFi. Best kan? Tak payah nak guna broadband yang aku bawa. Aku berblogging ni pun dari  atas katil dalam bilik kat IPP. Inilah kemudahan yang terkini di IPP Langkawi. Ada banyak lagi kemudahan kat sini. Anda bacalah seterusnya.
Aku celoteh sikit pasal IPP untuk pengetahuan bagi yang belum mengetahuinya. IPP dibangunkan di kawasan seluas 2.25 ekar dan dihubungkan dengan jalanraya ke kawasan-kawasan strategik seperti lapanganterbang, kawasan pelancongan sekitarnya, Book Village, pusat kebudayaan, jeti Kuah, pusat membeli belah dan medan selera. Jarak antara IPP dan tempat-tempat ini aku update kemudian. Kena buat research sikit.
Kemudahan yang disediakan di IPP Langkawi anda baca kat bawah ni:
Penulis dan rakan-rakan di ruang legar IPP Langkawi

1.   Ruang legar yang luas dan selesa untuk istirehat dan menonton TV walaupun dah ada TV kat setiap bilik
2.     Dewan seminar/mesyuarat yang boleh menempatkan 230 orang dalam satu masa
3.     6 buah bengkel yang boleh menempatkan 25 – 50 orang bagi satu bengkel dalam satu masa mengikut jenis bengkel
Latihan sedang berjalan di makmal komputer


4.     Makmal komputer dengan 35 unit komputer
5.     8 jenis bilik penginapan yang boleh menempatkan sejumlah 250 orang dengan kadar sewa yang berpatutan
Menjamu selera di kafetaria IPP Langkawi

6.     Sebuah kafeteria
Set makan malam  di IPP Langkawi
7.     Surau lelaki dan wanita
8.     Berhampiran Kompleks Sukan Langkawi bagi sukan badminton, boling padang serta bola sepak dan berhampiran dengan pusat ‘Futsal’ dengan 3 padang
Kat IPP ni ada 111 bilik pelbagai jenis untuk disewakan. Nanti aku sertakan dengan gambar tak sempat nak ambil gambar lagi.

Monday, 20 June 2011

Trip To Langkawi


Assalamualaikum semua,

Minggu ini dari 20 – 24 Jun 2011 aku berada di Langkawi. Dah lama juga tak ke Langkawi ni. Kali terakhir datang tahun 2009 masa tu datang kerana menghadiri mesyuarat. Dai Kuala Lumpur ke Kuala Perlis aku naik kereta. Sengaja aku pilih pengangkutan darat kerana nak naik feri.  Dah lama juga rasanya tak naik feri Langkawi. Dulu masa aku naik tak ingat bila tahunnya tambangnya RM12 tapi sekarang tambangnya dah naik ke RM18. Aku dimaklumakan tambang sebelum ni RM15. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah, di Langkawi mengambil masa satu jam.
Bagi orang yang dah lama tak menggunakan perkhidmatan feri ke Langkawi, , aku lihat banyak perubahan dah berlaku kat jeti penumpang Kuala Perlis. Terdapat kemudahan bilik air yang  luas ( macam kat R & R di Lebuhraya ) dan agak bersih. Surau nya juga boleh dikatakan  luas dan yang paling best ada papan  maklumat elektronik ( electronic information board ) yang memaklumkan  syarikat feri dan watu berlepasnya, macam kat airport. Ruang menunggunya kalau boleh diupgradekan  dengan memasang alat penghawa dingin lagilah best.  Tak ramai orang masa aku sampai tadi jam 3.15 petang.  Mungkin juga disebabkan cuti sekolah baru saje tamat.  Cadang nak naik feri jam 3.30 petang tapi dimaklumkan tidak ada yang ada jam 4.30 petang. Kami menggunakan feri dari Syarikat Ferry 2. Jam 5.30 petang feri tu sampai kat Jeti Kuah.

Sunday, 12 June 2011

SELAMAT HARI BAPA

Rasanya tidak terlalu  awal untuk aku mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di seluruh dunia. Aku tersilap hari rupanya, ku pikir hari ini 12 Jun 2011 tapi rupanya  next week. Tapi tak pa lah aku dah belanja makan KFC bukan untuk bapa aku aje tapi seluruh keluarga  dan beli TV Plasma 42” baru untuk bapa aku. Aku harap dia suka dengan hadiah hari bapa tu. Lagi pula TV kat rumah aku dah berubah warna. Gambarnya dah bertukar warna merah so ada satu lagi sebab untuk aku tukar TV.

Sedikit info tentang Hari Bapa yang aku ambil dari Wikipedia : Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Berikut adalah jadual tarikh hari bapa bagi Negara-negara: 

Ahad ketiga bulan Jun - Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

23 Jun  – Nicaragua, Poland, Uganda

30 Julai – Vietnam

Ahad ketiga bulan Julai – Uruguay

Ahad terakhir bulan Julai – Dominican Republik

23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran ) - Iran

Ahad kedua Ogos – Brazil

8 Ogos – Taiwan
Ahad pertama bulan September – New Zealand, Australia

Ahad kedua bulan November – Estonia, Finland, Norway, Sweden

 5 Disember 2011 – Thailand

4 September 2011 – Australia dan New Zealand

17 Julai 2011 – Uruguay

19 Mac 2011–         Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol

23 Februari -         Belarus, Rusia, Ukraine


5 Mei -         Romania

8 Mei -         Korea Selatan (Hari Ibu bapa)

Ahad pertama bulan Jun- Lithuania

Ahad kedua June Austria, Belgium, Ecuador

Saturday, 11 June 2011

EXPO SANA SINI

Kerja, kerja dan kerja. Kalau berkesempatan bercuti pun tak tahu nak pergi ke mana. Apa kata anda menghadiri expo-expo yang diadakan di Kuala Lumpur. Terdapat beberapa expo yang akan diadakan dalam bulan Jun  2011 ini di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ). Di sini saya senaraikan untuk makluman dan rujukan anda

June

PWTC Events

KLIGP 2011 ( Gifts, Premium & Stationery Exibition )
Date
:
15th - 17th Jun 2011
Venue
:
Tun Razak Hall 1& 2
Organiser
:
Malaysian Gift & Premium Association (MGPA)
Contact Person
:
Mr Casey
Tel
:
603 9172 1598
 Web site                 :http://www.kligp.com.my


I.E. Fair 2011 (Information Technology & Electronic Fair 2011)
 (Malaysia largest consumer electronic fair )
Date
:
17th - 19th June 2011
Venue
:
Tun Razak 4
Organiser
:
IMG Entertainment
Contact Person
:
Ms Joanne Ng
Tel
:
012 236 1398 / 603 7876 1368


Science and Labelling
Date
:
23rd - 26th Jun 2011
Venue
:
Tun Razak Hall 2
Organiser
:
ES Event Management Sdn Bhd
Contact Person
:
Ms Tan
Tel
:
603 9132 1922





1 Malaysia Wedding Fiesta
Date
:
30th Jun - 3rd Jul 2011
Venue
:
Tun Razak Hall 1
Organiser
:
Equisite Impression Sdn Bhd
Contact Person
:
Mr Ramesh
Tel
:
603 6203 7666

peta lokasi


 how to get there by LRT