Followers

Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Monday, 27 June 2011

Beras Terbakar di Pulau Langkawi

Dihadapan Pintu Masuk Ke Beras Terbakar

Salah seorang rakan yang bersama-sama dengan aku pada trip kali ini tak pernah pun mengunjungi Beras Terbakar walaupun katanya dah beberapa kali juga dia datang ke Langkawi. Jadi kami pun berpakat untuk merealisasikan hajatnya itu. Pada petang Rabu 22 Jun 2011 kami berenam pun pergilah ke Beras Terbakar.

Menurut ceritanya Beras Terbakar ini adalah merupakan satu cerita sejarah Pulau Langkawi yang termasyhur. Tempat yang dikatakan beras terbakar itu ialah di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam tanah lebih tiga kaki. Apabila hujan lebat beras itu timbul.

Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam. Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh. Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar. Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.

Semasa sampai kat kawasan Beras Terbakar, hujan mula  turun renyai-renyai. Sebelum sampai kat perkarangan Beras Terbakar, anda akan tempuhi dulu deretan kedai-kedai yang menjual cenderahati seperti kain batik, kain pelikat, t-shirt, kaftan, makanan-makanan tempatan dan pelbagai barangan cenderahati yang lain. 
Pandangan Gerai-Gerai Menuju Ke Beras Terbakar

 Memandangkan hujan pun makin lebat, kami mengambil keputusan untuk melihat-lihat dulu cenderahati yang dijual disitu mungkin ada yang berkenan untuk dibawa pulang. Masa kami sampai dah jam 6 petang. Kedai-kedai akan ditutup pada jam 7 malam. Jadi kami cuma ada 1 jam aje untuk melawat Beras Terbakar dan membeli belah. 

Penulis sedang membeli ikan bilis
Dalam waktu sesingkat itu pun aku sempat juga membeli 2 helai kain pelikat, 3 helai kain batik, 2 paket ikan bilis Langkawi dan 2 helai baju kaftan. 
Rakan-rakan penulis sedang memilih kain batik
Apabila selesai membeli, hujan masih juga belum berhenti, memandangkan hari pun hampir gelap,  kami batalkan aje hasrat untuk melawat Beras Terbakar. Hajat rakan kami masih juga tak kesampaian. Insyallah di lain kali kalau ada kesempatan untuk berkunjung ke Langkawi kami akan datang lagi ke sini.

Monday, 20 June 2011

Trip To Langkawi


Assalamualaikum semua,

Minggu ini dari 20 – 24 Jun 2011 aku berada di Langkawi. Dah lama juga tak ke Langkawi ni. Kali terakhir datang tahun 2009 masa tu datang kerana menghadiri mesyuarat. Dai Kuala Lumpur ke Kuala Perlis aku naik kereta. Sengaja aku pilih pengangkutan darat kerana nak naik feri.  Dah lama juga rasanya tak naik feri Langkawi. Dulu masa aku naik tak ingat bila tahunnya tambangnya RM12 tapi sekarang tambangnya dah naik ke RM18. Aku dimaklumakan tambang sebelum ni RM15. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah, di Langkawi mengambil masa satu jam.
Bagi orang yang dah lama tak menggunakan perkhidmatan feri ke Langkawi, , aku lihat banyak perubahan dah berlaku kat jeti penumpang Kuala Perlis. Terdapat kemudahan bilik air yang  luas ( macam kat R & R di Lebuhraya ) dan agak bersih. Surau nya juga boleh dikatakan  luas dan yang paling best ada papan  maklumat elektronik ( electronic information board ) yang memaklumkan  syarikat feri dan watu berlepasnya, macam kat airport. Ruang menunggunya kalau boleh diupgradekan  dengan memasang alat penghawa dingin lagilah best.  Tak ramai orang masa aku sampai tadi jam 3.15 petang.  Mungkin juga disebabkan cuti sekolah baru saje tamat.  Cadang nak naik feri jam 3.30 petang tapi dimaklumkan tidak ada yang ada jam 4.30 petang. Kami menggunakan feri dari Syarikat Ferry 2. Jam 5.30 petang feri tu sampai kat Jeti Kuah.